Posted on Leave a comment

Bateri Kering VS Bateri Basah [Bateri Kong?]

“Laaa… akak baru tau ada 2 Jenis Bateri rupanyaa…”

Ye kak, tak terlambat lagi untuk akak tahu hehe. Terdapat 2 jenis bateri kalau akak nak tau yang biasa digunakan oleh kenderaan kat dunia ni kering dan basah. Ciri-ciri kedua-duanya berbeza dari segi penjagaan, harga dan juga cara beroperasi walaupun fungsi bateri kenderaan adalah sama iaitu membekalkan sumber tenaga elektrik kepada kenderaan. Akak nak tahu lagi detail? Kalau-kalau bateri kong? Dapatkan bantuan bateri. Teruskan bacaan.

BATERI BASAH
Bateri jenis ini biasanya mengunakan air bateri sebagai sumber utama untuk operasi bateri jenis ini. Ianya memerlukan penjagaan yang rapi dari segi paras air bateri. Korang perlu check paras air bateri dalam masa 2-3 minggu sekali untuk mengelakkan dari kering. Biasanya, jangkahayat bateri jenis ni bergantung kepada kekerapan dan juga cara korang guna kenderaan korang sendiri.

BATERI KERING
Bateri jenis ni pula korang tak perlu risau pun untuk menambah atau mengisi air bateri Bak kata omputeh ‘Maintainance Free’. Ruang untuk isi air pun tak kelihatan. Jangkahayat bateri ni minimum biasanya setahun, dan paling lama pun 2 tahun atau lebih bergantung pada pengunaan kereta dan juga peranti/gajet yang beroperasi guna elektrik yang terdapat di dalam kenderaan korang.

RUMUSAN
So kesimpulannya, korang tepuk dada tanya ‘poket’ hehe, kedua-duanya ada pros & cons, bergantung pada ‘style’ yang macam mana yang korang nak. Ada yang harga ekonomi tapi ada kerja sikitlah, ada yang bajet lebih tapi kurang kerja. Faham ke faham? Share sikit gaiss komen pada ruang kat bawah. Terima Kasih.