Tak pernahbeli kereta secondhand? Kenderaan merupakan salah satu keperluan yang sangat penting pada zaman sekarang, bukan setakat kereta sahaja tetapi ia juga termasuk basikal, motorsikal, lori atau pun bas. Walaupun kenderaan merupakan salah satu keperluan, namun tak semua orang mampu memilikinya.

 

Kadangkala yang membuatkan ramai orang membeli kereta secondhand adalah disebabkan harganya jauh lebih murah daripada kereta yang baru di pasaran. Kalau pandai cari, banyak je sebenarnya kereta secondhand ni berguna dan fungsinya lebih kurang sahaja dengan kereta yang baru.

 

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa perkara yang wajib anda periksa sekiranya anda mahu membeli kereta secondhand.

 

1. Usia Kereta Kurang Daripada 5 Tahun

 

Sebelum bersetuju untuk membeli kereta second, salah satu perkara yang anda perlu tanya pada dealer kereta tersebut adalah umur kereta tersebut.

Jangan pilih kereta yang usianya terlalu tua, kerana lagi tua usia kereta tersebut lagi tinggi risikonya untuk lebih cepat rosak dan bermasalah. Seeloknya, beli kereta secondhand yang umurnya selepas dibeli adalah tidak lebih daripada 5 tahun.

 

2.  Periksa Enjin

Untuk pemeriksaan enjin ada beberapa perkara yang anda perlu anda lakukan, antaranya adalah:

  • Tiada partikel atau benda-benda asing yang tersekat di dalam enjin kereta. Caranya adalah dengan menarik indikator minyak enjin dan lihat rupa minyak tersebut sama ada ia cair, pekat, ada benda asing atau pun tidak dan lain-lain.
  • Tiada kesan minyak bocor.
  • Kabel sambungan dalam keadaan baik dan tidak reput atau terputus.
  • Radiator dalam kedaan yang baik, buka penutup dan periksa sama ada keruh atau jernih.

 

3. Periksa Kelengkapan Kereta & Semua Peralatan

 

Sila pastikan semua peralatan di dalam kereta secondhand tersebut dalam keadaan yang baik dan berfungsi dengan bagus.

  • Air-cond kereta
  • Radio kereta
  • Suis tingkap untuk turun dan tutup tingkap
  • Tayar simpanan dan tool box
  • Hendal pintu kereta dan dashboard
  • Pelaras kerusi dan tali pinggang keledar

Apa-apa pun bila anda sudah ada kereta secondhand yang anda berminat nak beli, pastikan anda berjumpa dengan penjual kereta tersebut terlebih dahulu.

Jangan beli secara online, lebih baik untuk anda tengok dengan mata sendiri dan buat test drive kerana risau anda bakal jadi salah satu mangsa scam.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.