masalah lampu airbag sering menyala

Isu ni mungkin tak ramai orang pernah alami, tapi siapa yang pernah laluinya je tahu perasaan dia macam mana. Siapa je kan tak panik atau resah kalau dah lampu airbag dalam kereta korang tu jenis menyala je tak henti. Nak tutup lampu airbag menyala tu pun tak boleh sebab tak ada button yang boleh ditekan.

 

Kebanyakan orang mula panik kenapa lampu airbag kenderaan menyala tanpa henti kerana risau sesuatu yang buruk berlaku dan boleh mengancam keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan tersebut.

 

lampu handbrake

 

Selalunya bila servis kereta, ramai pengguna kenderaan akan servis benda yang basic seperti minyak enjin, tayar kereta, coolant tetapi tak ramai yang buat servis airbag. Servis airbag ini merupakan sesuatu yang kenderaan anda perlukan untuk memastikan samaada airbag kenderaan anda berada dalam keadaan yang elok atau pun tidak.

 

Kalau anda bukan dalam kemalangan atau dalam keadaan terancam, tetapi lampu airbag masih menyala kenapa pula kan? Kenali 4 pun masalah utama lampu airbag kereta anda sering menyala.

 

1. Sensor Lampu Airbag Rosak

Setiap kenderaan mempunyai sistem sensor yang tersendiri yang kebanyakannya bersambung dengan sistem komponen yang lain. Kebiasaannya sistem sensor ini berhubung menerusi sistem komputer untuk kita tahu sama ada sensor tersebut dalam keadaan yang baik atau pun tidak.

 

Begitu juga dengan sensor lampu airbag yang boleh rosak pada bila-bila masa sahaja. Sekiranya sensor airbag kereta anda rosak, disebabkan itulah boleh terjadinya lampu sensor menyala tanpa henti. Boleh hantar di kedai kereta berdekatan untuk reset semula sistem sensor untuk airbag.

 

2. Ditenggelami Air

kereta tenggelam

 

Sekiranya kereta anda pernah mengalami kerosakan akibat banjir atau termasuk ke dalam kawasan yang berair, lagi lah ia menjadi punca utama sensor lampu airbag kenderaan anda rosak.

Selalunya airbag modul kereta terletak di bahagian bawah kereta, jadi sekiranya pernah kena banjir ia boleh membuatkan modul airbag kereta anda terputus atau terhakis yang boleh menyebabkan airbag kereta anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Sebaiknya anda perlu hantar terus ke bengkel.

 

3. Cable Clock Spring Kekal

Cable clock spring ni sebenarnya berfungsi untuk kekalkan kesinambungan antara pendawaian elektrik dan airbagsebelah pemandu. Ia berpusing masuk dan keluar apabila stereng berputar.

Kebiasaannya masalah lampu airbag sentiasa menyala apabila clock spring menjadi haus yang menyebabkan sambungan pendawaian elektrik menjadi lemah dan airbag gagal berfungsi dengan baik.

 

4. Masalah Bateri Kong

bateri kereta kong

 

Kebiasaannya sekiranya bateri kereta anda kong, ia juga boleh menjadi punca untuk bateri sokongan untuk airbag kereta anda telah habis. Ia juga boleh menjadi punca untuk bateri sokongan airbag kereta anda tidak dapat berfungsi dengan baik.

Kereta terkandas di tepi jalan dan perlukan bateri baharu? Dapatkan Pemeriksaan, Penghantaran dan Pemasangan PERCUMA dan sila hubungi kami di 1700-81-6081

Ikuti Halaman Facebook Page dan Instagram BateriHub untuk maklumat lanjut.

  1. If you get a low reading, you can try charging the car battery to improve the battery’s chemical reaction. If the reading is not high, you need to change the battery.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.