Seperti yang kita tahu, jangka hayat pada bateri kereta adalah dalam satu hingga ke dua tahun. Ianya bergantung pada tahap penjagaan, penyelenggaraan dan penggunaan kereta itu sendiri paling mudah.

 

Ada juga bateri kereta sesetengah pengguna yang tahan hingga ke tiga tahun. Mungkin dia selalu check kondisi bateri kereta dia lah kan. Seperti yang telah dinyatakan di dalam artikel sebelum ini, ada beberapa cara sekiranya anda mahu bateri kereta anda tahan lama supaya dapat jimat duit poket.

 

Kebiasaan orang yang membeli bateri kereta, mereka akan terus beli walk in di kedai terus kerana bagi mereka dengan cara tersebut ianya lebih selamat dan tidak perlu menyusahkan diri mereka. Tetapi, sekiranya anda menukar bateri kereta di kedai, anda perlu membayar upah pemasangan.

 

Jadi, sekiranya anda tengah out of budget atau pun bajet tiba-tiba lari pada bulan itu anda boleh lah cuba alternative lain iaitu dengan pemasangan bateri kereta dengan sendiri. Di negara kita, masih tidak ramai yang well knowledged tentang cara pemasangan bateri kereta ini.

 

Sekiranya anda dah beli di Shopee dan korang teringin nak Do-It-Yourself (DIY) gitu, boleh sahaja jangan risau sebab cara nak tukar dan pasang bateri kereta ini mudah sahaja. Boleh lah jugak anda tambah ilmu baru untuk tukar dan pasang bateri kereta, ilmu sebegini amat penting mana tahu nanti tiba-tiba anda berada dalam kecemasan dan bateri kereta ‘kong’ anda tak perlu panik dah lah.

 

Memandangkan menukar bateri kereta memang mudah, tetapi sekiranya anda tersilap cara pemasangannya ia akan mengakibatkan litar atau ECU/ECM kereta anda terbakar. Ini adalah disebabkan bateri kereta menghasilkan gas hidrogen semasa proses tindak balas kimia dan juga ECU (Engine Control Unit) dalam kenderaan yang sekarang, jadi cara-cara yang betul untuk tukar dan pasang bateri kereta haruslah diikuti.

1. PAKAI SARUNG TANGAN

Sebagai langkah keselamatan sebelum anda mahu melakukan proses menukar dan memasang bateri kereta, anda perlu memakai sarung tangan.Sekiranya anda cermin mata juga lebih baik sekiranya anda memakainya.

 

Sarung tangan amat penting adalah kerana untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kecelakaan sekiranya terjadi perkara yang tidak dingini seperti terkena aliran elektrik, terkena gas daripada bateri kereta yang bocor.

 

Selain itu, sarung tangan juga membantu memudahkan urusan aktiviti pembukaan skru pada bateri kereta dan mengurangkan kekotoran pada jari jemari.

Manakala cermin mata penting untuk mengelakkan daripada percikan api sekiranya ia berlaku.

2. BUKA BONET HADAPAN

Semasa proses menukar bateri kereta, anda perlu memastikan enjin kereta anda dibuka terlebih dahulu.

Sekiranya bateri kereta anda lemah atau mati, anda boleh gunakan jumper untuk menghidupkan semula enjin kereta.

 

Selepas itu, anda boleh membuka bonet hadapan kereta.

Sekiranya alarm kereta anda tidak berfungsi dan menyebabkan anda tidak dapat unlock pintu kereta untuk membuka bonet hadapan, anda boleh menggunakan kunci dan melakukan dengan kaedah manual.

3. TANGGALKAN BATERI LAMA

Selepas bonet kereta hadapan sudah dibuka, anda boleh meneruskannya dengan menannggalkan bateri kereta yang lama dengan menanggalkan pengikat bateri. Pengikat bateri kereta mempunyai dua wayar iaitu wayar terminal positif (+) dan juga wayar terminal negative (-).

 

Jadi, wayar terminal mana satu yang perlu ditanggalkan terlebih dahulu? Pertama sekali, anda perlu membuka wayar daripada terminal di punca negatif (-) pada bateri kereta tersebut terlebih dahulu diikuti dengan wayar terminal positif (+) dan angkat bateri kereta tersebut keluar.

 

Selepas selesai proses mengeluarkan bateri, anda perlu membersihkan cable clamp daripada semua kotoran, karat atau serbuk putih yang melekat. Anda boleh menggunakan berus dawai untuk melakukannya.

4. MASUKKAN BATERI BAHARU

 

Seperti yang telah dinyatakan, semua prosedur penukaran dan pemasangan bateri kereta haruslah diikuti untuk mengelak daripaa sebarangan kecelakaan berlaku.

 

Jadi, untuk memasukkan bateri yang baru pula, anda sudah meletakkan tarikh pada bateri kereta tersebut supaya anda tahu nanti berapa lama yang sudah anda menggunakannya. Anda harus kenal pasti symbol positif (+) dan negatif (-) pada bateri tersebut.

 

Kalau anda nak tahu mana satu wayar positif dan mana satu wayar negatif, anda boleh melihat simbol pada bateri kereta tersebut atau pun boleh lihat warna pada wayar bateri kereta tersebut. Kebiasannya wayar yang berwarna merah adalah wayar positif dan wayar berwarna hitam adalah wayar negatif.

Untuk pemasangan bateri baru, pasangkan wayar terminal positif terlebih dahulu dan diikuti dengan terminal wayar negatif.

 

Semasa kabel negatif bersentuh dengan terminal bateri negative ia akan berlaku percikan api yang kecil. Itu adalah normal dan anda boleh teruskan dengan ketatkan wayar clamp kemas-kemas. Pasang semula pemegang bateri dan siap. Mudah kan cara pemasangan bateri kereta?

 

Anda sudah boleh sahaja bateri kereta anda secara online dan pasangkannya di rumah tetapi yang penting anda perlu pastikan betul-betul wayar positif dan negatif tersebut. Siap dan selamat mencuba!