Apabila bateri kereta anda kong dan korang perlu hidupkan enjin kereta balik, apa yang anda perlukan hanyalah beberapa alatan sahaja. Tetapi jika anda dalam keadaan mendesak untuk keluar bateri kereta kong atau memerlukan bantuan bateri profesional boleh terus je roger BateriHub untuk bantuan bateri secara pantas.
Biasanya bateri kereta berada di bahagian depan hud enjin kereta anda. Anda akan nampak pada setiap bateri kereta tersebut ada, terminal positif (+) dan terminal negatif (-) di hujung bateri.
Cara Keluarkan Bateri Kereta
Cara nak bawa keluar bateri kereta ni mudah sahaja dan tak perlu pun bersusah bayah untuk bawa ke mekanik. Jom ikut cara ini dengan lebih lanjut untuk tukar bateri kereta dengan selamat.
Matikan Enjin Kereta
Sebelum memulakan proses memutuskan sambungan bateri anda, mulakan dengan mematikan enjin kereta. Jangan cuba bawak keluar bateri kereta anda semasa enjin kereta anda masih dihidupkan. Boleh pakai sarung tangan, sekiranya anda ada ya!
Bateri Kereta Terminal Negatif
Terminal negatif pada bateri kereta anda mempunyai simbol “-“, manakala tanda “+” akan menandakan terminal positif. Terminal negatif juga berwarna hitam dan mungkin mempunyai penutup plastik hitam sebagai label, manakala terminal positif akan berwarna merah dan mempunyai penutup plastik merah.
Longgarkan Nat Terminal Bateri Guna Sepana
Tanggalkan penutup plastik tersebut sekiranya bateri koranya mempunyainya, kemudian mulakan cari sepana yang sesuai dengan nat dan bolt untuk terminal bateri kereta anda.
Setelah longgarkan nat, keluarkan kabel penyambung negatif daripada bateri dan tolaknya jauh ke tepi. Ia sangat penting untuk pastikan kabel ini tersisih sepenuhnya dan tidak bersentuhan dengan bateri lagi sehingga la semuanya dah ready.
Selepas anda dah tanggalkan kabel terminal negatif, ulangi proses yang sama untuk penyambung terminal positif.
Keluarkan Bateri Jika Perlu
Car stranded on the roadside and need a new battery?
Contact us at 1700-81-6081.
Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.