Cas Telefon Dalam Kereta Punca Bateri Kereta Kong?

 

Bila cas telefon dalam kereta ni ada dua perkara je yang selalu bermain di minda, sama ada ia akan bagi kesan pada battery health phone dan bateri kereta.

 

Ada sesetengah orang mengatakan caj telefon dalam kereta tidak akan menjejaskan bateri kereta. Apa kata kita ikuti penjelasan lengkap yang dikongsikan oleh Wan Amir di Facebook.

 

Beliau berkongsi bagaimana tenaga elektrik befungsi di dalam kereta adalah kaedah yang selamat.

 

Cas Telefon Dalam Kereta Menjejaskan Bateri Kereta?

 

 

 

Persoalannya di sini logik ke sekiranya cas telefon boleh merosakkan bateri kereta dan membuat bateri kereta cepat kong?

 

Kalau korang nak tahu sebenarnya penggunaan bateri telefon bimbit sangat lah kecil,kalau nak dibandingkan dengan kapasiti bateri kereta. Jadi memang bukan satu masalah yang besar sekiranya anda nak cas telefon.

 

Masalah telefon overcharge juga tidak akan terjadi, kerana kereta zaman sekarang sudah modern. Jadi sekiranya anda matikan enjin kereta maka secara automatik telefon anda juga akan diputuskan daripada bekalan elektrik yang mengalir melalui USB jadi tiada pengaliran cas berlaku.

 

Bateri Kereta Lemah, Punca Cas Telefon Lambat Naik?

 

 

Mungkin tak ramai tahu tentang ini, majoriti kenderaan yang mempunyai sistem boleh cas telefon hanya menyediakan USB port. Dengan purata kemampuan untuk cas telefon sebanyak 0.5A.

 

Ia sangat rendah dan tidak berapa sesuai dengan smartphone yang anda pakai sekarang. Disebabkan itu lah ada sesetengah telefon apabila korang cas di  kereta, ia memang terlalu lambat boleh naik percentage battery. Serta boleh menyebabkan telefon menjadi panas.

 

Ini adalah kerana sistem teknologi telefon yang korang guna tu lebih modern berbanding dengan kenderaan yang korang sedia pakai. Jadi, kesimpulannya sekiranya anda cas di dalam kereta dan ia lambat naik maka ia bukanlah berpunca daripada bateri kereta okay!

 

Kereta terkandas di tepi jalan dan perlukan bateri baharu?

Sila hubungi kami di 1700-81-6081

Ikuti Halaman Facebook Page dan Instagram BateriHub untuk maklumat lanjut.