berapa kerap perlu tukar bateri kereta

Kebiasaannya kedudukan bateri kereta terletak di bonet tetapi ia sebenanrnya bergantung pada jenis kenderaan yang anda pakai. Kebiasaannya jangka hayat bateri kereta bergantung pada kekerapan anda menggunakan kenderaan tersebut. Kalau korang jenis suka memandu atau pun buat Grab ke memang bateri kereta akan cepat kong dan bateri kereta patut ditukar.

 

Korang tahu tak kereta yang anda gunakan sekarang ni memerlukan tenaga daripada bateri kereta untuk menghidupkan enjin, menyalakan lampu nak pasang segala sistem aksesori elektronik untuk kenderaan anda. Jadi persoalannya di sini, berapa kerap kita perlu tukar bateri kereta?

 

Bila Bateri Kereta Patut Ditukar?

Biasanya jangka hayat bateri kereta ni dalam satu hingga ke dua tahun. Selalunya, kalau anda beli bateri kereta pihak kedai mesti akan sediakan waranti sehingga 12-16 bulan lamanya.

Kalau korang dah guna bateri kereta tu dalam masa setahun, seeloknya boleh la check kesihatan bateri kereta sama ada dia masih elok atau pun perlu ditukar kepada bateri kereta yang baru.

berapa kerap perlu tukar bateri kereta

 

Kalau bateri kereta korang pada tahap 60 peratus, anda masih boleh cas sahaja bateri tersebut tak perlu tukar kepada bateri kereta yang baharu.  Tetapi kalau tahap peratus dah cecah 40 peratus dan kebawah itu bermakna kereta anda memerlukan bateri kereta yang baru.

 

Kalau korang nak tahu sama ada bateri kereta masih elok atau pun tidak, boleh pergi ke mana-mana cawangan BateriHub. Ada lebih 60 cawangan di seluruh Malaysia. Boleh lah pergi hantar untuk pemeriksaan bateri kereta, yang penting pemeriksaan percuma!

 

Kereta terkandas di tepi jalan dan perlukan bateri baharu? Dapatkan Pemeriksaan, Penghantaran dan Pemasangan PERCUMA dan sila hubungi kami di 1700-81-6081

 

Ikuti Halaman Facebook Page dan Instagram BateriHub untuk maklumat lanjut.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.