Bila dah berkeluarga dan ada anak kecil memang susah nak maintain kebersihan interior kereta ni.Kadang tu dua bulan sekali lah baru sempat nak hantar kereta pergi carwash. Duit dah banyak berhabis dekat kereta nak bagi interior nampak cantik, tapi tu lah nak jadi kebersihan tu susah betul kan.

 

Itu memang dugaan lah bagi orang yang dah berkeluarga ni, tapi kadang tu bukannya orang berkeluarga je ada masalah tak sempat nak bagi kereta nampak bersih dan kemas ni.

 

Orang yang single pun sama jugak, mungkin dah terlalu busy dengan kerja kan. Kalau korang mungkin tak ada masa nak hantar kereta untuk pergi cuci kea pa ke, mungkin korang boleh guna tips ini untuk bagi interior kereta korang tu selalu nampak bersih dan kemas.

Jom baca artikel penuh di bawah.

1. Buang sampah setiap kali keluar daripada kereta

 

Sebelum keluar kereta tolong jadikan habis untuk buat kesemua sampah yang memang obvious boleh nampak dengan mata kasar. Periksa dulu semua bahagian dalam kereta tu, kalau ada sampah yang tersorok kan.

Kalau malas setiap hari kena buang sampah keluar daripada kereta, boleh sediakan tong sampah kecil yang memang khas untuk kereta. Bila dah penuh tong sampah tu boleh lah bungkus dan bawak keluar plastik sampah tersebut.

Bila dah tak ada sampah yang besar baru lah korang boleh vakum kereta, ni untuk hilangkan habuk atau sisa makanan pula yang jatuh pada celah kereta.Kebersihan kereta memang penting ya untuk elakkan lipas dariada beranak pinak.

2. Lap luar dan dalam tingkap

 Kadang tu yang buat kereta nampak tak bersih tu boleh jadi punca daripada tingkap yang berhabuk, penuh fingerprints ha dah macam kereta terabai je kan. Dua minggu sekali tu boleh la spray dan lap luar serta dalam tingkap kereta tu. Lap bagi bersih bagi nampak berkilat.

 

Boleh lap dengan tisu atau pun kain jenis microfiber.kalau nak lagi nampak berkilat boleh campur kan air, cuka dan alcohol sanitizer tu lepas tu gosok dekat tingkap. Ha memang berkilat, dah cuba nanti pm kitorang tau!

3. Remove kesan kotoran pada seat kereta

 

 

Biasa lah tu kalau makan atau minum dalam kereta, tak sah kalau tak ada tertumpah kan. First thing yang orang masuk kereta mesti mata dia akan tengok pasa seat kereta tu dulu, sebab mereka akan duduk dekat situ.

Kalau seat kotor banyak tompok dah macam peta, orang pun takut nak duduk. Jadi, kalau dah nampak seat kereta tu bertompok boleh la cuci seat kereta tu.

Nak diy untuk bahan pencuci tu pun boleh. Spray je campuran air, cuka dan juga sabun pencuci pada seat tu.

Nanti kotorang mudah je nak tanggal. Tunggu 15 minit baru korang berus dan lap.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.