Kalau baru beli kereta elok cantik dan berkilat je cermin kereta. Bila cuci pun tak ada langsung masalah watermark tetapi bila dah lama-lama kita pakai kereta tu mula la akan ada kesan tompokan air atau yang biasa orang panggil watermark pada cermin kereta.
Kalau anda nak tahu, sebenarnya punca terjadinya waterwark adalah daripada titisan air hujan dan embun yang dibiarkan terlalu lama atau pun cara cuci kereta yang menggunakan teknik yang salah.
Untuk pengetahuan anda, air hujan mempunyai mineral yang bercampur dengan habuk atau bahan yang tercemar disebabkan itu la sekiranya air tersebut kering akan meninggalkan kesan tompokan pada cermin kereta.
TIPS HILANG KESAN WATERMARK PADA CERMIN KERETA
PENCUCI PINGGAN
1. Gunakan pes pencuci pinggan apa sahaja jenama yang anda ada, pastikan pes tersebut teksturnya halus untuk mengelakkan cermin kereta daripada calar.
2. Basahkan cermin kereta dan ambil pes pencuci pinggan tersebut menggunakan span.
3. Gosok pada bahagian cermin kereta yang mempunyai watermark, gosok secara membulat lebih berkesan.
4. Bilas cermin kereta dengan air bersih.
5. Selepas bilas anda boleh lihat, watermark pada cermin kereta sudah hilang.
CUKA
Car stranded on the roadside and need a new battery?
Contact us at 1700-81-6081.
Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.