Kebiasannya jangka hayat bateri kereta adalah dalam satu dan tiga tahun. Jadi maksudnya setiap beberapa tahun baru anda perlu tukar bateri kereta. Bateri kereta ni boleh dikatakan ia mampu bertahan lebih lama sekiranya cara anda menggunakan kenderaan tersebut sangat baik lah.

 

Tetapi walaupun anda baru je tukar bateri kereta tetapi biarkan kenderaan anda lama-lama sehingga berbulan ada kemungkinan walaupun ia bateri baru, tetapi anda tetap perlu untuk menukarnya. Bila bateri dah kong, enjin kereta tak boleh nak dihidupkan sebab itu lah korang memerlukan khidmat servis Bateri Hub kan?

 

Kalau anda nak tahu, sebenarnya cara nak tukar bateri kereta ini sangat mudah. Kalau korang ada ilmu sekejap je dah siap dipasang. Peralatan yang korang perlukan untuk tukar bateri kereta pun, jenis alat yang mudah untuk korang dapat dan simpan dalam kereta. 

 

 

Bateri kereta ini antara benda yang paling penting untuk hidupkan kenderaan anda. Bukan tu je kalau tak ada bateri kereta memang tak boleh hidup lah semua sistem elektrik dalam kereta contohnya lampu, radio dan juga tingkap.

 

Sebenarnya bateri kereta ini dicas semasa anda memandu dan alternator kereta anda tu lah yang berfungsi sebagai penjana elektrik kecil.

 

Jadi, kalau anda teringin nak beli bateri kereta di Shopee sebab ada freeshipping dan diskaun, tapi rasa was-was takut salah pasang. Jangan risau, kita akan tunjukkan tutorial step-by-step cara tukar bateri kereta.

1. Cabut sambungan terminal bateri

 

Kebiasaannya terminal bateri kereta berada dekat atas bateri. Ada terminal positif (+) dan juga terminal negatif (-). Kebiasannya terminal negatif (-) ini berwarna hitam dan terminal positif (+) pula berwarna merah.

Cabutkan dulu terminal negatif untuk mengelakkan cas elektrik daripada mengalir melaluinya. Ambil spana dan longgarkan pengapit kabel negatif dan cabut keluar daripada terminat tersebut. Ulangkan proses yang sama untuk terminal positif pula.

 

2. Keluar bateri lama

Biasanya atas bateri kereta ada pengapit untuk tahan bateri tersebut, lepas dah longgarkan screw pada pemegang bateri tersebut anda boleh lah tanggakannya.

 

Sekarang dah tiba masanya untuk mengangkat keluar daripada kereta untuk digantikan dengan bateri kereta yang baru.

 

3. Masukkan bateri baru

 

Sebelum anda masukkan bateri yang baru boleh lah cuci atau bersihkan sedikit di kawasan pengapit terminal tersebut.

 

Boleh cuci dan bersihkan menggunakan kain yang bersih atau pun dengan air campuran baking soda untuk pastikan pada bahagian tersebut tidak ada sebarang hakisan.

 

Masukkan bateri yang baru perlahan-lahan pastikan terminal positif dan negatif berada pada sisi yang betul. Sambungkan semuala pengapit yang menahan bateri kereta dan letakkan je skru seperti awal tadi.

 

4. Sambungkan semula terminal bateri

Tanggalkan penutup terminat bateri pada bateri kereta yang baru. Macam biasa sambungkan dulu terminal positif terlebih dahulu dan boleh letakkan pengapit di atas terminal positif terlebih daulu.

 

Letakkan pengapit di atas terminal positif pastikan ia betul-betul ke bahagian bawah. Boleh ketatkan pengapit tersebut di atas terminal positif dengan menggunakan spana, pastikan ia betul-betul ketat. Buat proses yang sama untuk terminal negatif.

 

5. Test bateri kereta

Tutup bonet hadapan kereta dan boleh lah hidupkan enjin kereta macam biasa untuk periksa sama ada bateri kereta tersebut berfungsi dengan baik atau pun tidak.

Kalau bateri kereta tu tak berfungsi boleh lah minta refund kerana setiap pembelian bateri kereta anda akan dapat waranti selama setahun.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.