Rata-rata pengguna kenderaan zaman sekarang menggunakan kereta auto untuk memudahkan urusan kehidup seharian. Bila dah ada kereta sendiri, komitmen diri pun dah semakin tinggi. Kalau taknak menambahkan beban, memang sehabis boleh nak jaga kereta dengan baik lah taknak habiskan duit semata-mata nak repair kereta sahaja.

 

Kalau taknak poket anda cepat kering kena jaga gear kereta auto, ada beberapa cara yang korang boleh lakukan kalau taknak gear kereta auto cepat rosak! Jom baca artikel penuh di bawah:

 

SERVIS MINYAK ENJIN

Setiap 6 bulan sekali atau cukup 30,000KM adalah masa yang tepat untuk anda servis minyak enjin. Kalau boleh pastikan anda ontime untuk servis minyak enjin seperti yang ditetapkan dalam jadual servis kereta.

 

Pastikan anda menggunakan minyak yang original, berkualiti dan minyak enjin yang sesuai dengan spesifikasi kereta anda. Sekiranya anda menggunakan minyak enjin yang tidak berkualiti, ia akan menyebabkan kerosakan pada enjin kereta.

 

CARA HIDUP ENJIN DENGAN BETUL

 

Setiap kereta auto mempunyai 6 step gear. Sekiranya anda nak hidupkan enjin kereta auto, selepas kereta sudah dimatikan lebih daripada 6 jam apa yang anda perlu buat adalah:

 

  • On suis kereta kereta anda terlebih dahulu dan pastikan semua lampu dan meter bernyala.
  • Gerakkan pula setiap gear kereta auto daripada atas sampai ke bawah. Jangan lupa tekan brek ya!
  • Setiap step itu anda take a break 2 saat.
  • Kemudian tarik gear anda hingga ke N dan biarkan gear tersebut dalam N dan hidupkan enjin kereta. Biarkan dalam gear N dalam 5 minit macam tu.

CARA GUNA GEAR ‘REVERSE’ KERETA

 

Untuk penggunaan gear reverse kereta pula, kalau boleh elakkan terlalu kerap menggunakan gear reverse kereta dalam keadaan yang laju atau dalam jarak yang terlalu jauh sampai berkilo-kilo. Itu akan merosakkan gear reverser dan juga gear kereta auto.

 

Sekiranya anda menggunakan gear reverse dengan cara yang salah, ia boleh menyebabkan gearbox cepat rosak.

 

KURANGKAN REVERSE KERETA PADA JALAN YANG TERUK & BERBUKIT

Sekiranya anda sering menggunakan kereta untuk menaiki bukit atau pun jalan yang tinggi ke atas nun sana, pastikan anda guna gear yang betul dan bersesuaian dengan RPM kereta. Jangan la pula paksa kereta guna gear D untuk naik ke Genting Highland, rosak gearbox.

 

Sekiranya anda memandu dan nampak air bertakung, kalau boleh elakkan lalu di jalan tersebut kerana apa sahaja boleh terjadi. Lagi sakit sekiranya air dah masuk enjin, memang poket kering terus hantar kereta pergi bengkel.

Kereta terkandas di tepi jalan dan perlukan bateri baharu? Dapatkan Pemeriksaan, Penghantaran dan Pemasangan PERCUMA dan sila hubungi kami di 1700-81-6081

 

Ikuti Halaman Facebook Page dan Instagram BateriHub untuk maklumat lanjut.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.