Berapa lama sebenarnya kita perlu panaskan enjin kereta? Daripada kita kecil sebelum nak pergi berjalan ke mana-mana mesti bapak-bapak korang akan panas kan enjin kereta, betul tak? Perkara ni diikuti sampai lah kita semua dah ada kenderaan sendiri.

 

Memang betul lah rata-rata orang yang mempunyai kenderaan sendiri ni mesti akan panaskan enjin kereta sebelum memandu, sebab ada sesetengah orang mengatakan ia baik untuk jangka hayat enjin kereta tu sendiri.

 

Kebiasaannya orang akan panaskan enjin kereta tu sambil tengok suhu pin enjin dekat dashboard, bila enjin punya pin tu dah tak sejuk lagi itu bermaksud dah boleh mula memandu lah.

 

Tapi pada pendapat anda lah kan, untuk panaskan enjin ni memang betul-betul perlu dan baik untuk jangka hayat enjin ke? Nak tahu jawapannya, jom baca artikel penuh di bawah.

 

Enjin Kenderaan Sejuk

Kebiasaannya enjin kereta sejuk ni terjadi pada kereta yang sudah lama betul tak pernah dihidup atau digunakan lagi.

 

Jadi kalau anda setiap hari menggunakan kereta, maka tak perlu lagi lah untuk memanaskan enjin kereta kerana ia berisiko tinggi yang minyak petrol kenderaan anda boleh meresap ke dalam minyak enjin.

 

Teknologi Baru Pada Enjin Kereta

 

Percaya tak kereta yang anda gunakan pada masa sekarang ni tak perlu lagi dah untuk anda panaskan enjin kereta sebelum memandu kerana dalam sistem enjin kenderaan yang baru, dah ada sistem yang boleh menyesuaikan suhu kereta dengan suhu sekeliling.

 

Sistem enjin kereta zaman sekarang ni dah ada teknologi fuel injection yang datang bersama ECU iaitu Unit Kawalan Elektronik.


Sebagai kesimpulan, memanaskan enjin kereta sebelum memulakan perjalan adalah tidak perlu untuk kereta yang baru tetapi ia mungkin perlu untuk sesetengah kereta yang lama. Tetapi sekiranya anda masih mahu memanaskan enjin kereta juga ia tidak akan mendatangkan apa-apa risiko yang teruk untuk kenderaan.

 

Jadi, untuk memanaskan enjin kereta sebelum memulakan perjalanan adalah pilihan masing-masing dan ia tidak termasuk dalam rules setiap kereta.

Kereta terkandas di tepi jalan dan perlukan bateri baharu? Dapatkan Pemeriksaan, Penghantaran dan Pemasangan PERCUMA dan sila hubungi kami di 1700-81-6081

 

Ikuti Halaman Facebook Page dan Instagram BateriHub untuk maklumat lanjut.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.