Sebagai seorang yang memiliki kenderaan sendiri, kita sudah pasti akan menjaganya dengan sebaik mungkin dan disebabkan itulah kita digalakkan untuk membuat service kereta seperti yang telah dijadualkan mengikut perjalanan Kilometer kereta tersebut.

 

Penjagaan kendereraan merangkumi kesuluruhan peralatan, system dan alat yang terdapat kenderaan tersebut dan termasuklah tayar kereta. Tayar kereta merupakan elemen kenderaan yang sangat penting dimana ia berkerja untuk menggerakkan kereta tersebut.

 

Jadi, tayar kereta merupakan salah satu benda yang perlu diselenggara dari semasa ke semasa untuk memastikan ia sentiasa berada kondisi yang baik memandangkan ia diperlukan untuk guna dalam jangka masa yang panjang.

Balancing & Alignment?

Setiap orang yang mempunyai kereta pasti sudah familiar dengan perkataan balancing dan juga alignment. Dalam Bahasa Melayu, balancing merupakan penyeimbangan manakala alignment pula adalah penjajaran.

 

Kedua-dua proses balancing dan alignment ini dibuat pada tayar kereta. Sekiranya anda pergi ke bengkel kereta atau membeli tayar kereta yang baharu mesti anda pernah nampak mekanik meletakkan tayar tersebut pada sebuah mesin dan meletakkan pemberat pada rim tayar tersebut kan?

Punca Perlu Balancing Tayar Kereta

Ya, itulah yang dinamakan proses balancingBalancing tayar ini adalah penting untuk memastikan putaran tayar berserta rim tersebut seimbang dengan paksi putarannya. Balancing tayar kereta ini disarankan untuk membuat 6 bulan sekali untuk memastikan ia sentiasa dalam keadaan yang baik dan tidak membahayakan keselamatan pemandu dan penumpang.

 

Sekiranya semasa anda memandu dan mendapati stereng kereta bergegar dengan kuat sepanjang perjalanan yang boleh menyebabkan ia mengganggu pemanduan anda. Maka, itu merupakan salah satu sebab balancing tayar kereta anda sedang bermasalah.

 

Jadi, anda perlu membuat balancing tayar dengan secepat mungkin untuk memastikan balancing tayar yang sempurna pada tayar kereta anda. Tetapi, balancing tayar ini juga mungkin tidak berhasil sekiranya rim tayar anda bengkok. Jadi, anda perlu menukar rim itu dan baru balancing tayar tersebut berhasil.

PROSES BALANCING TAYAR KERETA

Langkah 1

Tayar kereta diletakkan pada mesin pemeriksa balancing tayar kereta. Untuk periksa balancing tayar tersebut, tayar kereta akan diputar dalam masa beberapa saat.

Langkah 2

 

Setelah tayar sudah berhenti diputar, maka result tersebut akan dipapar pada skrin mesin pemeriksa balancing tersebut. Sekiranya bacaan tersebut merupakan 0-0 bermaksud ia adalah dalam keadaan yang baik.

Jika bacaan balancing tersebut bukan 0-0 maka proses balancing tersebut perlu dibuat semula dengan meletakkan pemberat pada bahagian dalam rim.

Langkah 3

Setelah diletakkan pemberat, tayar kereta tersebut akan diputarkan semula untuk mendapatkan bacaan yang baharu. Proses tersebut akan dilakukan sehinggalah mesian tersebut memaparkan bacaan 0-0.

Alignment Tayar Kereta

“Bila saya perlu buat alignment tayar kereta?”

Sekiranya anda mendapati stereng kereta senget dan tidak selari bersama tayar kereta, kereta anda kerap bergerak ke kiri dan kanan serta tidak boleh dikawal maka sudah sampai masanya untuk anda membuat alignment tayar kereta.

Tayar kereta yang sudah haus pada satu bahagian sahaja merupakan itu adalah petanda bahawa tayar kereta anda memerlukan alignment. Untuk pengetahuan umum, proses alignment tayar kereta ini adalah untuk mendapatkan Toe dan Chamber.

Ia adalah untuk memastikan tayar kereta tersebut dapat berjalan dengan baik dan mencengkam pada jalan raya dengan kuat. Sekiranya tayar tidak dapat mencengkam dengan kuat di atas jalan raya, makan probability untuk berlaku kemalangan di atas jalan raya adalah tinggi.

Alignment tayar hadapan bergantung kepada beberapa faktor seperti pada gambar di bawah:

  • Sudut Camber
  •       Sudut Caster
  •       Toe-toe

Sudut camber

Ia merupakan sudut dalam mahupun luartayar kereta tersebut apabila dilihat daripada bahagian depan kenderaan. Sekiranya tayar tersebut condong yang terlalu banyak ke dalam (negatif) atau ke luar (positif) menunjukkan alignment yang tidak betul dan perlu dilakukan alignment secepat mungkin.

Untuk alignment tayar kereta pula anda disarankan untuk membuat penyelenggaran setiap 3 bulan sekali.

Punca Chamber Tidak Selari

 

  1.  Langgar lubang di atas jalan raya dengan laju dan kuat.
  2.        Tepi tayar sudah mulai berbulu
  3.        Sekiranya anda pusing streng dan terasa strereng berat sebelah.

Sudut Caster

Ia merujuk kepada sudut paksi stereng anda apabila dilihat dari sisi kenderaan anda. Sekiranya tayar kereta anda mempunyai caster positif, paksi stereng akan condong ke arah pemandu dan sekiranya ia caster negatif bermaksud paksi stereng condong ke arah hadapan kenderaan anda.

Toe-toe

Sekiranya tayar kereta terkangkang keluar atau masuk apabila dilihat daripada atas tayar.Toeni terbahagi kepada dua jenis iaituToe In(tayar terkangkang ke dalam) danToe Out(tayar terkangkang keluar).

Sebenarnya punca-punca yang memerlukan anda untuk membuat balancing dan alignment tayar kereta ini adalah apabila anda telah melanggar lubang atau lopak di jalan raya dengan kuat dan laju dan daripada situ ia telah memberi kejutan pada seluruh badan kereta tersebut.

 

Sekiranya anda sudah lupa bulan berapa anda membuat alignment dan balancing tayar kereta, anda boleh perhatikan jumlah kilometre, jadi anda boleh membuat service setiap 10,000km.

 

Selepas membuat balancing dan alignment, sudah pastinya anda akan memandu dengan keadaan yang lebih selesa tanpa rasa gegaran atau berat pada stereng kereta itu dan tayar pun tidak cepat haus.

Pastikan anda mengambil berat tentang kenderaan anda dan kerapkan servis kereta setiap beberapa bulan sekiranya diperlukan demi keselamatan pemandu dan penumpang.