Salah satu sebab yang boleh membuatkan penumpang mahu pun pemandu meninggal di dalam kereta, boleh berpunca dari ekzos kenderaan yang bocor. Mungkin masih ramai tak tahu lagi bagaimana caranya untuk ketahui samada ekzos kereta anda dalam keadaan baik atau pun tidak.

 

Mulai daripada sekarang, rajin-rajinkan lah tengok dan periksa ekzos kereta tu untuk pastikan ia sentiasa dalam keadaan baik supaya keselamatan diri dan juga penumpang terjamin. Jika penumpang hidu gas dalam keadaan yang lama dalam tak sedar sebenarnya boleh meragut nyawa tau!

 

Memang bahaya ekzos bocor ni bukan sesuatu perkara yang boleh diambil mudah. Fungsi ekzos kereta ni sebenarnya adalah untuk lepaskan bahan kimia yang telah dihasilkan oleh bahan api tersebut keluar daripada kereta, supaya bahan kimia tu tak terkumpul di dalam kereta.

 

Ekzos kereta ni juga pun telah direka untuk kurangkan kadar pencemaran udara. Seperti yang anda semua tahu, kita memang tak dapat melihat gas dengan mata kasar, contohnya macam gas ekzos kereta iaitu Karbon Monoksida dan baunya pun tak ada sebab itu lah ia berbahaya sekiranya anda terhidu gas tu tanpa kita sedari.

 

Jadi, nak tahu apa tanda-tanda ekzos kereta bocor?

Ini ada 4 tanda yang anda perlu ketahui.

 

1. Pedal minyak bergegar

 

Salah satu tanda yang paling ketara yang korang boleh tahu adalah bila pedal minyak bergegar, itu boleh menjadi punca yang bahawa ekzos kereta anda tidak dalam keadaan yang baik.

 

Kalau ada bocor sikit je pada ekzos kereta tu, masih boleh jadi tanda yang ekzos kereta anda sudah bocor. Kalau pedal minyak kenderaan anda bergegar lagi teruk itu bermaksud yang kebocoran dekat ekzos kenderaan tu semakin besar. Jadi bila dah anda tanda-tanda macam tu cepatcepat lah ke bengkel yang berdekatan dan suruh mereka periksa terlebih dahulu.

 

2. Bunyi enjin terlalu kuat

Bunyi enjin kereta zaman sekarnag kalau nak disbandingkan dengan kereta yang dulu sangat berbeza, bunyi enjin kereta sekarang ni dah tak sekuat kereta dulu.

 

Korang kan biasa bawak kereta sendiri dan mesti akan familiar dengan tahap bunyi enjin kereta korang tu. Kalau satu hari tu bunyi enjin kereta korang tiba-tiba terlalu kuat daripada biasa dan menjadi berterusan itu tandanya ekzos kereta sudah bocor. Boleh jadi yang system ekzos kenderaan anda tu bocor pada bahagian paipnya atau pun penyambung.

 

3. Minyak cepat habis

 

Baru keluar sekejap dah nak kena isi minyak lagi, kopak lah duit. Dulu tak macam tu pun? Ha ni pun salah satu tandanya yang korang perlu take note, kadang tu bukan meter minyak korang tu yang bermasalah.

 

Tetapi disebabkan ekzos tu bocor jadi enjin kereta anda memerluka lebih banyak effort untuk bekerja. Disebabkan itu lah dia terpaksa menelan minyak yang banyak supaya nak pastikan kereta boleh bergerak seperti biasa. Lebih banyak bahan api yang digunakan.

 

4. Bau asap di dalam kereta

Ada gas yang boleh dibau dan ada juga gas berbahaya yang tidak boleh berbau. Jadi kalaujenis gas yang boleh berbau ni, mungkin anda akan terbau asap di dalam kereta.

 

Baunya akan buat anda tak senang duduk, ye lah bila dah bau asap di dalam kereta mesti lah rasa lemas kan. Kalau anda dah mula bau asap ni, cepat cepat lah bukak seluruh tingkap kenderaan anda untuk pastikan oksigen masuk, supaya anda tak terperangkap dan lemas di dalam kereta.

 

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.