Sekiranya kereta terbabas masuk sungai, ini ada beberapa langkah keselamatann untuk elak lemas. Memandangkan sekarang musim hujan, pasti ada sesetengah tempat yang terkesan dengan bencana alam seperti banjir.
Ada sesetengah keluarga yang terpaksa duduk sementara di pusat perlindungan banjir disebabkan rumah mereka musnah dan ditenggelami air.
Banjir ni sangat berbahaya especially untuk orang yang memandu.
Sekiranya anda memandu dalam situasi jalan raya yang licin, penuh lopak air dan banjir.
Pastikan memandu dalam keadaan yang sangat perlahan, atau pun lebih bagus sekiranya anda berhenti memandu buat seketika waktu.
Biar lambat asalkan nyawa anda selamat.
Setiap tahun mesti ada kes kereta hanyut disebabkan banjir atau pun kereta terbabas masuk ke tasik dan sungai.
Biasanya ni terjadi akibat sikap pemandu tu sendiri yang cuai atau pun nak tunjuk berani untuk redah air.
Tak perlu lah buat sebegitu rupa, nyawa anda jugak terancam
Memandangkan enjin kereta berat, maka bahagian hadapan kereta lah yang akan dipenuhi air terlebih dahulu.
Jadi untuk mengelakkan diri anda daripada lemas terus di dalam kereta yang boleh meragut nyawa.
Anda perlu terus lari ke tempat duduk berlakang kerana bahagian belakang kereta mengambil masa untuk dipenuhi air.
Jadi, anda akan ada lebih masa untuk menyelamatkan diri.
3. Pecahkan cermin kereta guna ‘headrest’
Berat sangat lah pintu kereta, saya tak kuat nak bukak dan pecah kan tingkap kereta.
Jangan risau, perkara yang anda perlu buat untuk pecahkan tingkap dengan mudah adalah ambil je headrest.
Headrest tu adalah tempat letak kepala di bahagian seat depan.
Headrest tu kan boleh dicabut, jadi anda cabut je headrest tu dan kan ada dua besi.
Dua besi tu lah yang akan digunakan untuk memecahkan cermin kereta.
Anda hentakkan besi headrest tu pada cermin tingkap dan ia akan pecah dengan mudah sekali.
4. Keluar melalui tingkap kereta
Bila je cermin kereta dah dipecahkan, anda perlu cepat-cepat keluar dari kereta, bukan melalui pintu tetapi melalui cermin kereta.
Tarik nafas, dan cuba berenang keluar dengan selamat.
Pastikan cermin yang ada pecahkan itu adalah cermin kereta yang pada pintu, dan bukan cermin kereta depan belakang tu.
Cermin kereta depan belakang agak susah untuk pecah berderai kerana ia memang direka sebegitu.
Sekiranya tidak tahu nak berenang arah mana boleh ikut arah buih-buih yang ada pada tasik atau sungai tersebut.
Car stranded on the roadside and need a new battery?
Contact us at 1700-81-6081.
Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.