Memandangkan majoriti kenderaan yang baru keluar sekarang menggunakan sistem kunci jenis keyless, tak perlu dah penggunaan kenderaan untuk memulas kunci bagi menghidupkan enjin. Sekarang ni kalau nak hidup enjin senang, tekan sahaja kunci push-start button yang disediakan pada kereta terus boleh hidupkan enjin kereta.

 

Zaman kini semuanya mudah, hanya perlu tekan sahaja butang hitam pada pemegang pintu kereta pemandu terus boleh unlock kereta anda. Tetapi ada satu kebimbangan yang rata-rata pemilik kenderaan keyless ini risau iaitu apa akan terjadi sekiranya bateri remote tersebut habis.

 

kunci push start button

 

Ha, satu hal pulak kan? Macam mana nak masuk dan hidupkan enjin kereta pula sekiranya bateri habis. Jangan risau setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Kebiasaanya walaupun bateri remote tersebut hampir kong sekali pun, kalau memang betul tak boleh digunakan mungkin kaedah manual adalah caranya.

 

KUNCI PUSH-START BUTTON TAK FUNCTION?

cara buka kunci push start button

Jangan risau, apa yang korang perlu buat adalah bawa remote keyless anda dekat pada butang hitam di pemegang pintu pemandu kereta tersebut. Anda boleh cuba bukak pintu macam biasa kerana ia boleh berfungsi seperti biasa semula.

 

Cara kedua yang anda boleh cuba adalah, setiap remote keyless ini sebenarnya mempunyai kunci di dalamnya, Anda boleh cuba buka remote kereta anda dan tarik keluar kunci daripadanya. Jadi, anda boleh hidupkan enjin kereta anda secara manual.

 

lock kunci push start button

1. Perhatikan pada key fob kereta anda, anda akan mendapati bahawa terdapat butang kecil pada remote kereta tersebut.

 

push start button

2. Tarik butang tersebut keatas dengan menggunakan kuku dan dalam pada masa yang sama boleh tarik keluar kunci fizikal tersebut.

 

kunci idle lock

3. Masukkan kunci kereta pada lubang kunci kereta anda dan boleh menggunakannya seperti biasa untuk masuk ke dalam kereta.

4. Untuk menghidupkan enjin kenderaan anda, teruskan tekan pedal brek dan butang push start  kereta anda. Selapas itu, anda akan mendapati terdapat lampu logo amaran kunci di dashboard anda.

 

5. Bawa keyfob anda rapat pada butang push start sekiranya lampu push start  anda menyala, ia bermaksud kereta anda sudah dapat mengesan keyfob. Macam biasa tekan pedaol brek dan butang push start, kereta anda akan hidup seperti biasa.

 

Selamat memandu semoga informasi dan tips ini bermanfaat untuk ada semua. Selamat mencuba!

Kereta terkandas di tepi jalan dan perlukan bateri baharu? Dapatkan Pemeriksaan, Penghantaran dan Pemasangan PERCUMA dan sila hubungi kami di 1700-81-6081

 

Ikuti Halaman Facebook Page dan Instagram BateriHub untuk maklumat lanjut.

 

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.