Kena tahu 5 perkara basic ni sekiranya anda nak servis kereta. Rasanya walaupun setiap hari korang memandu menggunakan kereta atau motor, tak semestinya korang ambil tahu details tentang kereta tu kan? Lagi-lagi dekat bahagian bonet hadapan kereta. Biasanya orang akan ingat masa awal-awal nak ambil ujian memandu tu je, bila dah lama tu mula lah lupa.
Untuk pengetahuan korang, tak kira lah lelaki atau pun perempuan sekiranya korang masih tak rasa penting untuk ambil tahu tentang bahagian di kereta anda, anda salah. Sudah tiba masanya untuk anda mengambil berat tentang komponen yang ada di bonet hadapan kereta anda.
Bila korang dah ada ilmu bila patut servis kereta, sekurang-kurangnya tak ada lah korang boleh tertipu dengan mekanik. Mana lah tahu tiba-tiba dia charge korang dengan harga yang mahal. Tetapi korang pula tak tahu punya apa, so rugi lah duit kan? Bila ada ilmu ni, at least korang boleh lah counterback sikit sekiranya rasa diri ditipu.
Ni ada 5 perkara paling basic yang korang perlu tahu bila tiba masanya kereta tu kena pergi servis.
1. Bateri Kereta
Biasanya bateri kereta ni tahan 2-3 tahun. Tetapi jangka hayat setiap bateri kereta tu juga bergantung pada jenis bateri kereta dan cara penggunaan kereta. Kalau kerap memandu dalam keadaan yang lama non stop berkemungkinan bateri kereta tersebut boleh cepat kong.
Sekiranya bateri anda jenis yang perlu diisi air, pastikan setiap beberapa minggu atau bulan rajinkan diri untuk periksa bateri kereta tersebut. Jangan biarkan sehingga air pada bateri tersebut menjadi kering kontang. Sekiranya berlanjutan tak sampai 6 bulan pun bateri kereta anda boleh kong.
2. Penapis Udara
Bila ada rasa air cond kereta anda dah mula tak sejuk. Dah blast kan aircond paling sejuk pun tak rasa apa, itu tandanya anda perlu tukar air filter anda. Setiap kali perjalanan anda mencecah 20,000KM anda perlu menukar air filter.
3. Minyak Gear
Untuk servis tukar minyak gear pula ia ada perbezaan untuk kereta manual atau pun auto. Kalau kereta jenis manual, setiap 40,000KM atau kurang daripada 5 tahun baru perlu tukar.
Tetapi kereta jenis auto pula ia lebih cepat kena servis tukar minyak gear iaitu setiap 20,000KM perjalanan. Sekiranya anda lupa berapa KM perjalanan kereta anda, jangan risau sekira anda dapati gear sudah ketat, maknanya sudah tiba lah masa untuk servis tukar minyak gear.
4. Penapis Minyak
Terdapat dua jenis penapis minyak atau oil filter, satu yang jenis biasa dan lagi satu adalah jenis sintetik. Untuk penapis minyak jenis biasa perlu ditukar setiap 4,000km.
Manakala untuk jenis sintetik pula perlu ditukar setiap 10,000km. Biasanya kalau orang tukar minyak enjin, automatik akan tukar oil filter juga,
5. Spark Plug
Untuk spark plug pula biasanya orang akan tukar setiap 20,000km. Tetapi ia masih tak menjadi satu masalah sekiranya anda tak tukar pada 30,000 atau 40,000km. Biasanya orang tak tukar spark plug sekerap kita tukar minyak enjin.
Car stranded on the roadside and need a new battery?
Contact us at 1700-81-6081.
Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.