Semasa zaman belajar kereta dulu mesti cikgu mengajar tu pernah bagitahu apa fungsi minyak enjin kan? Tetapi hakikatnya ramai orang yang masih tak tahu apa fungsi dan bila sebenarnya minyak enjinperlu ditukar.

 

Kalau anda nak tahu, penukaran minyak enjin ini tersangatlah penting, disebabkan itu lah setiap kali mencecah beberapa kilometer (KM) anda sudah perlu tukar. Kebiasaannya setiap kali anda servis kereta, salah satu yang mereka akan buat adalah menukar minyak enjin kereta.

 

 

Nak tahu kenapa minyak enjin ni penting untuk ditukar? Fungsi minyak enjin ni adalah untuk memastikan pergerakan enjin dan fungsi minyak ini akan bantu untuk melindungi enjin kereta tu. Tetapi selalunya ada sesetengah pengguna kenderaan ni selalu sangat terlupa untuk periksa minyak enjin.

 

Bila dah dapat rasa kereta tu jenis cepat makan minyak, maka tahu lah itu pun salah satu petanda besar yang minyak enjin perlu ditukar.

 

Bila Minyak Enjin Perlu Ditukar?

Enjin Bergegar

Sekiranya anda perasan enjin kenderaan anda dah mula dan kerap bergegar, itu bermaksud enjin kenderaan anda sedang tidak berfungsi dengan baik disebabkan minyak berkurangan.

 

Disebabkan itu lah tugas minyak ini adalah untuk melancarkan enjin kenderaan, jadi boleh lah tukar  dengan cepat untuk elakkan enjin bergegar dengan lebih teruk dan semakin panas.

 

Kereta Kuat Makan Minyak

 

Kalau guna kereta lama tetapi makan minyak ini logik jugak, tetapi ni kereta baru beli tapi dalam seminggu dua kali jugak lah asyik nak isi minyak. Kalau korang mengalami situasi macam ni ia bermaksud minyak itu tidak mencukupi.

Ini adalah disebabkan enjin kenderaan bekerja terlalu keras, mungkin anda kerap menggunakan kereta jadi ia perlu kan minyak enjin untuk berjalan dengan lancar.

 

Bau Hangit & Terbakar

 

 

Bila memandu dan tetiba terbau enjin kereta bau seperti hangit dan terbakar ni, memang bahaya. Risau apa-apa jadi dan paling merisaukan adalah apabila kereta yang dinaiki tu terbakar ye dak?

 

Selalunya bau ini akan timbul disebabkan enjin kereta terlalu panas dan ada minyak yang terbakar dalam sistem ekzor kereta.

 

Warna Minyak Enjin Berubah

 

 

Kebiasaannya warna minyak enjin kereta adalah warna coklat. Bila dah lama minyak tu digunakan ia akan berubah menjadi gelap dan kearah kehitaman.

 

Jadi cuba periksa minyak enjin kereta korang, sekiranya warna minyak tersebut terlalu cair atau pun terlalu gelap ia bermakna minyak enjin kenderaan anda perlu ditukar dengan cepat.

Car stranded on the roadside and need a new battery? Contact us at 1700-81-6081

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.