Bila kali terakhir korang servis motosikal tu? Selain daripada kereta, motosikal juga merupakan pengangkutan utama oleh majoriti masyarakat di Malaysia. Motorsikal dah menjadi pengangkutan utama adalah disebabkan kos nak bayar minyak lebih murah berbanding kereta.

 

Lagi-lagi dengan kesesakan lalu lintas yang berlaku di tengah Kuala Lumpur, kalau naik kereta mungkin korang boleh stuck di jalan raya dalam satu hingga ke dua jam. Kalau nak dibandingkan dengan motorsikal jauh lebih laju dan boleh jimat masa, kurang daripada sejam dah boleh sampai ke destinasi.

 

 

Memandangkan rutin harian korang akan guna motorsikal, lebih la kita cari jalan yang boleh kurangkan kos perbelanjaan bulanan. Ada beberapa jenis rutin servis motorsikal yang sering dipandang remeh oleh orang ramai:

 

SERVIS MOTOSIKAL: RANTAI MOTOSIKAL

 

Sila periksa rantai motosikal 2 minggu sekali, pastikan rantai dalam keadaan yang baik tidak terlalu longgar atau ketat. Sekiranya rantai motosikal anda longgar ia boleh mengganggu prestasi motosikal anda.

Gunakan pelincir khas untuk rantai motosikal anda, pastikan jangan terbiasa untuk menggunakan minyak hitam atau pelincir jenis lain.

 

KONDISI TAYAR

 

 

Tanpa tayar, motosikal anda takkan boleh bergerak ke destinasi yang anda nak pergi. Sebelum nak mulakan perjalanan, lebih baik sekiranya anda periksa tayar dulu.

 

Bermula daripada periksa angin tayar motosikal dan kondisi tayar. Risau sekiranya tayar tak cukup tekanan angin tayar atau pun ada paku. Nanti boleh jejaskan keselamatan anda semasa memandu.

 

MINYAK HITAM

 

Ni servis motosikal yang paling basic lah, rasanya ramai tahu tetapi tak ramai ambil berat untuk periksa dan tukar minyak hitam motosikal.

 

Untuk motosikal sekurang-kurangnya periksa minyak hitam seminggu sekali supaya enjin motosikal anda sentiasa dalam keadaan yang baik.

 

BREK MOTOSIKAL

Selalunya kemalangan jalan raya ni berlaku sebab bawa kenderaan dengan secara merbahaya dan tak sempat brek. Alasannya adalah brek tak makan dan brek tak berfungsi.

 

Antara bahagian yang anda perlu berikan perhatian adalah brek pad, brek dram, brek cakera kerana apabila tiba masanya ia akan haus. Sekiranya anda dengar bunyi dalam sistem brek motosikal boleh terus ke bengkel mekanik yang berdekatan.

Kereta terkandas di tepi jalan dan perlukan bateri baharu? Dapatkan Pemeriksaan, Penghantaran dan Pemasangan PERCUMA dan sila hubungi kami di 1700-81-6081

 

Ikuti Halaman Facebook Page dan Instagram BateriHub untuk maklumat lanjut.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.