Setiap orang yang memiliki kenderaan sendiri pasti mahukan kenderaan mereka kelihatan cantik, sedap mata memandang dan selesa digunakan kerana kenderaan seperti kereta merupakan pengangkutan yang paling penting untuk digunakan.
Kebiasaannya orang akan menggunakan kereta untuk jangka masa yang panjang, kerana mereka akan menggunakannya untuk pergi ke tempat kerja dan untuk kemana-mana sahaja mereka pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
“Kereta aku cantik weh ada banyak aksesori!”
Sebagai seorang yang mempunyai kenderaan, rata-rata mereka kebiasaannya akan menambah aksesori pada kereta mereka. Biasanya mereka akan membeli aksesori kereta secara dalam talian mahu pun di mana-mana kedai yang menjual aksesori kereta.
Anak muda zaman sekarang merupakan golongan yang sering sangat menambah aksesori pada kereta mereka kerana bagi mereka keretanya nampak hambar dan tidak cantik tanpa sebarang aksesori.
Kebiasaannya aksesori kereta yang ditambah dan dipasang oleh mereka itu bertujuan untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada mereka tetapi mereka tidak tahu bahawa ada sesetengah aksesori tersebut tidak sesuai dengan standard kereta itu.
Baru-baru ini tular satu video di TikTok di mana seorang lelaki ini berkongsikan tentang bahayanya penggunaan beberapa aksesori kereta yang telah ramai orang pakai. Walaupun bagi kita aksesori tersebut nampak tidak mengganggu keselamatan pengguna, malah ia sebenarnya boleh memberikan kesan yang besar sekiranya berlaku kemalangan.
Tidak kira lah orang muda mahu pun tua yang mahu memasang aksesori kereta, namun perkara sebegini haruslah dititikberatkan. Pastikan sebelum anda mahu memasang sebarang aksesori kereta pastikan anda membuat kajian dan tanya orang yang lebih pakar terlebih dahulu.
Ada juga beberapa aksesori wajib yang anda perlu ada di dalam kereta supaya ia dapat menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Tidak kisah lah anda lelaki mahu pun perempuan, pastikan sentiasa berpada-pada sekiranya anda mahu memasang dan menggunakan aksesori kereta.
Ketahui jenis-jenis aksesori kereta yang wajib dan haram digunakan untuk kenderaan anda: