Pernah tak anda guna minyak hitam recycle untuk kereta? Walaupun minyak hitam kereta tak ramai orang tekankan betapa penting fungsinya, namun anda perlu tahu yang ia juga merupakan komponen utama yang perlu dijaga. Biasanya bila sebut tentang penjagaan kereta, orang akan sebut tentang bateri kereta atau pun radiator kan?

Fungsi Minyak Hitam

 

Minyak hitam ni sebenarnya berfungsi untuk membersih dan melincirkan pergerakan. Bukan tu je dia juga akan membantu untuk sejukkan komponen yang berada di dalam enjin kereta anda dan menghalang daripada berlakunya sebarang kerosakan pada kereta.

 

Setiap 5,000 ke 10,000 km kan kita perlu tukar minyak enjin bergantung pada kenderaan masing-masing. Jadi, sekiranya korang tak tukar minyak enjin daripada masa yang sepatutnya ia sebenarnya akan menjadi beban pada enjin anda.

 

 Dalam pada masa yang akan datang akan membuatkan enjin kereta rosak. Disebabkan itu lah mekanik kebiasannya akan menasihati anda untuk periksa minyak hitam kenderaan pada masa ke masa.

Kesan Tak Tukar Minyak Hitam

 

 

  • Terdapat beberapa kesan yang boleh terjadi sekiranya anda tidak tukar minyak hitam dalam jangka masa yang lama, antaranya ialah:
  • Habuk dan bahan kotor akan tersumbat di dalam filter minyak enjin.
  • Enjin punya daya berfungsi akan menjadi lemah.
  • Besi akan bergeseran memandang minyak hitam sudah berkurangan.

 

Minyak Hitam Recycle

Ada segelintir masyarakat Malaysia ni yang kononnya nak berjimat, sanggup membeli dan guna minyak hitam recycle. Maksudnya adalah merekan menggunakan minyak hitam terpakai.

 

Sekiranya anda menggunakan minyak hitam recycle, kita sendiri pun tak tahu kualitinya macam mana kan. Ia sebenarnya boleh menyebabkan kenderaan anda rosak. Basically, minyak hitam recycle ni dia proses minyak yang lama dan memasukkan ke dalam packaging yang baharu.

 

Minyak hitam yang berwarna hitam itu akan diproses dan ditapis semula sehingga lah warna tersebut menjadi jernih. Walaupun warna jernih, ia sebenarnya hanya bebas daripada habuk dan kotoran sahaja. Tetapi bahan kimia yang terdapat dalam minyak tersebut masih ada.

 

Kesan pada kenderaan anda ialah minyak recycle ini akan buatkan kenderaan anda menjadi lembab dan semput dan enjin kereta cepat mati. Minyak hitam ini sifatnya adalah pakai buang. Jadi sekirnya anda mahu beli minyak hitam, pastikan anda beli di kedai yang betul. Jangan tertipu dengan penjual minyak hitam ini nanti diri anda yang merana.