Drive shaft  merupakan satu komponen pada kenderaan dalam kategori drive train sistem. Komponen ini merupakan penghubung kuasa enjin dari sistem transmisi ke tayar. Kalau nak senang faham ni, kita ambil sebagai contoh mudah ialah sebuah motosikal. Ia boleh diibaratkan seperti rantai motosikal. Ianya menghubungkan kuasa dari enjin untuk terus ke tayar.

 

Sekiranya anda menggunakan kereta yang sudah berusia 10 hingga ke 15 tahun, anda perlu memberikan perhatian kepada beberapa perkara. Ia adalah kerana kereta yang sudah lebih 10 tahun ini kebiasaannya akan mula menunjukkan beberapa jenis kerosakan.

 

Terdapat dua drive shaft pada kenderaan kita iaitu di roda hadapan. Satu pada tayar kenderaan di sebelah kanan manakala lagi satu disebelah kiri . Ia menjadi penghubung kuasa dari enjin terus ke tayar kenderaan. Kebiasaannya kenderaan ini dikenali sebagai Front Wheel Drive (FWD).

 

Petanda drive shaft rosak

DRIVE SHAFT ROSAK?

Lagi lama kenderaan itu telah dipakai, lagi tinggi la potensi untuk ia mengalami kehausan dan kerosakan. Kebiasaannya ia akan mula menghaus dahulu baru lah akan rosak. Kalau anda tak perbaiki dengan segera,ia sebenarnya boleh mengancam keselamatan pemandu dan juga penumpang di dalam kenderaan tersebut.

 

Drive shaft kenderaan anda boleh tercabut sekiranya bearing CV Joint kenderaan anda telah rosak dalam jangka masa yang lama. Ia boleh menyebabkan separuh daripada perumah gearbox enjin kereta anda pecah. Sekiranya perkara ini berlaku, kenderaan anda berpotensi besar terbabit dalam kemalangan jalan raya.

 

drive shaft

 

TANDA-TANDA DRIVE SHAFT ROSAK

 

drive shaft rosak

 

Mudah sahaja sekiranya anda nak tahu sama ada drive shaft kenderaan anda sudah tidak dapat berfungsi dengan baik, seperti:

–  Kereta berbunyi seperti “ketak-ketak” apabila ada melakukanu-turn.

–  Kereta bergegar sekiranya anda tekan minyak untuk mulakan perjalanan.

– Terdapat minyak grease di kawasan tayar atau lower arm hadapan atau bahagian enjin.

 

Jika kereta anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, sila ambil maklum dan segeralah bawak kereta anda pergi ke bengkel untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

 

Semoga bermanfaat. Jangan lupa follow Facebook BATERIHUB!

 

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.