Anda juga mesti pernah tidur di dalam kereta kan walau pun dah turun tingkap? Baru-baru ini ada satu kes yang seorang pemandu meninggal di dalam kereta, pada awalnya dia hanya nak tidur sekejap je dalam kereta.

 

Tanpa dia sedar rupa-rupanya akibat tidur dalam kereta, telah meragut nyawanya. Pemandu tersebut didapati meninggal di dalam keretanya sendiri. 

 

Biasanya pemandu kenderaan ni akan take a break dan berhenti sekejap di RNR atau di tepi jalan yang selamat untuk berehat,selepas memandu dalam perjalanan yang jauh dalam masa terlalu lama. 

 

 

Its normal untuk rasa penat, tetapi memang tak digalakkan untuk tidur dalam kereta lagi-lagi dalam keadaan aircond yang terbuka. Kalau anda ada habit untuk tidur di dalam kereta berjam-jam dalam aircond. Mohon berhenti daripada sekarang. Sekiranya berlanjutan, anda seolah-seolah menggadai nyawa sendiri.

 

3 Sebab WAJIB Matikan Enjin Kalau Tidur Dalam Kereta

1. Gas Pembunuh

Bagi sesetengah orang mereka mungkin berasa selamat tidur di dalam aircond dan buka tingkap sedikit untuk elakkan daripada lemas. Tetapi kalau anda nak tahu, walaupun dah buka tingkap pengumpulan carbon monxide ni tetap ada apabila enjin dibiarkan hidup. Gas kan bukan solid, jadi anda tak boleh nampaknya dengan mata kasar, nak hidu pun tak boleh.


Semasam anda tidur lagi bahaya kerana anda tidak sedar apa-apa, jadi lagi akan tak perasan samada anda tengah dalam keadaan yang selamat atau pun tidak. Lagi-lagi untuk orang yang tidur mati. Tetapi sebenarnya gas ni bekerja semasa anda tengah tidur, lama-kelamaan ia akan membuatkan badan anda rasa makin lemah dan boleh buat anda lemas dan mati secara tiba-tiba.

2. Ekzos Bocor

Apabila enjin kereta korang hidup,maka pembakaran bahan bakar dalam enjin kenderaan akan hasilkan banyak gas sampingan yang dikeluarkan sebagai asap ekzos. Asap ekzos ni ada mengandungi gas yang merbahaya contohnya seperti carbon monoxide, hydrocarbon dan nitrogen oxide.

 

Jadi, boleh je berlaku yang ekzos kereta anda bocor dan masuk ke dalam kabin kereta. Jadi, bila enjin kereta anda tidak dimatk, sebab itu lah carbon monoxide akan turunkan oxygen level  dalam kereta. Bila kekurangan oksigen dan sebab tu lah boleh menyebabkan orang yang berada dalam kereta tu lemas.

 

3. Bazir Minyak

Selain daripada boleh membahayakan keselamatan nyawa anda, apabila anda hidupkan enjin terlalu lama dan memasang aircond ia juga boleh menyebabkan minyak kereta anda cepat habis.

 

Ha harga minyak sekarang dah lah bukan murah ye gais. Dalam masa satu jam je ia boleh habiskan minyak anda dalam 20 hingga ke 70 peratus.

 

Jadi apa yang sepatutnya anda buat sekiranya penat dan mahu tidur dalam kereta? Seelok-eloknya buka lah kesemua tingkap kereta anda dan matikan enjin kereta tersebut.

 

Kalau pasang engine lama-lama pun tanpa kereta bergerak pun bahaya boleh menyebabkan enjin kereta tu menjadi extra panas. Jadi, sentiasa lah berhati-hati. Fikir orang sekeliling anda dan jangan lah sia-siakan nyawa anda macam tu sahaja.

 

Lagi-lagi untuk yang tengah sakan bercuti dengan rakan-rakan atau famili, pastikan sentiasa berhati-hati, sekiranya badan terlalu penat elakkan daripada terus memandu. Berhenti sekejap di tepi jalan dan mati kan enjin kereta  dan turun tingkap kereta anda.

 

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.