Cara Uji Cas Bateri Kereta Guna Multimeter

Siapa di sini masih tak tahu cara uji car bateri kereta? Jangka hayat bateri kereta kebiasaannya dalam satu hingga ke tiga tahun. Kalau bateri kereta anda tahan sehingga tahun ketiga itu nampak sangat korang jenis jarang keluar rumah atau pun guna kereta bila perlu sahaja.

 

Mungkin ramai tak tahu sebenarnya setiap 6 bulan sekali anda perlu periksa cas bateri kereta supaya anda tahu bateri kereta tersebut masih elok atau pun sikit lagi je nak kong. Kalau anda pergi ke kedai bateri kereta, kebiasaannya untuk periksa cas bateri kereta mereka akan menggunakan satu alat ini iaitu multimeter.

 

 

Multimeter mempunyai dua jenis yang anda boleh beli iaitu analog dan digital. Kalau nak senang tahu bacaan bateri kereta tersebut, kami akan sarankan untuk menggunakan digital punya multimeter. Lagi mudah nak baca.

 

Cara Guna Multimeter Uji Cas Bateri Kereta

 

 

  1. Set  multimeter kepada voltan 20 DC (arus terus) untuk uji cas bateri kereta.
  2. Sentuhkan terminal bateri negatif warna (hitam) dengan jarum multimeter negatif (hitam).
  3. Sentuhkan terminal bateri positif (merah) dengan jarum multimeter positif (merah).
  4. Nyalakan lampu spotlight kereta untuk memberikan beban kuasa pada bateri kereta tersebut.
  5. Periksa bacaan multimeter, sekiranya bacaannya adalah:
  • Bacaan 12.5v ke atas bermakna bateri kereta dalam kondisi yang baik.
  • Bacaan kira-kira 12.3v bermakna kuasa bateri 75 peratus dicas.
  • Sekiranya bacaan pada multimeter adalah 11.8v dan kebawah ia bermakna kondisi bateri kereta tersebut tak baik dan perlu ditukar.
  1. Jika dapat bacaan rendah, boleh cuba cas bateri kereta untuk menambah baik reaksi kimia bateri. Jika bacaan tidak tinggi, anda perlu menukar bateri.

Kereta terkandas di tepi jalan dan perlukan bateri baharu?

Sila hubungi kami di 1700-81-6081

Ikuti Halaman Facebook Page dan Instagram BateriHub untuk maklumat lanjut.