Jaga maintanence  kereta dan selalu hantar kereta pergi servis ikut jadual yang ditetapkan memang sangat penting untuk pastikan kereta anda dapat jimat minyak dan bahan api yang bakal digunakan.

 

Servis kereta itu adalah untuk pastikan supaya kereta anda sentiasa boleh berjalan dengan lancar tanpa ada setitik pun minyak dan bahan api yang dibazirkan.

Salah satu cara yang mudah adalah, sebelum anda nak isi petrol pada kenderaan pastikan tayar kereta masih lagi sejuk maksudnya belum memulakan perjalanan yang jauh la untuk jimatkan sikit penggunaan minyak.

 

Ada beberapa cara lain juga yang anda boleh cuba untuk kurangkan penggunaan minyak dan bahan api untuk perjalanan setiap hari, bagi memastikan anda dapat jimat wang yang akan dikeluarkan untuk minyak.

 

Antara cara-caranya adalah:

1.Kurangkan barang di dalam kereta, supaya kereta lebih ringan

 

Sebenarnya yang boleh menjadi salah satu punca kenderaan anda tu makan minyak yang banyak adalah bila kenderaan itu terlebih muatan. Bila kereta dah berat lepas tu mula enjin memerlukan effort dan tenaga yang lebih untuk pastikan kenderaan tersebut dapat berjalan dengan lancar.

 

Selain daripada tu, bila anda memandu dalam speed yang laju, rajin-rajinkan buka tingkap dan tutup aircond sekali sekala. ini sebenarnya boleh bantu untuk kurangkan air resistance di dalam kereta tersebut supaya kereta terasa lebih ringan.

 

2.Memandu dengan gear yang betul dan bersesuaian pada kelajuan pemanduan

 

Semasa memandu pastikan korang dah tukar gear dengan betul dan sesuai dengan kelajuan pemanduan tu.

Kalau guna gear D tapi bawak atas bukit, dah sah-sah memang dia akan telan minyak dengan banyak.

Jika memandu dekat dalam bandar boleh lah guna gear biasa untuk driving. Kalau dah tahu tempat tu jenis berbukit dan memerlukan kelajuan yang padu boleh tukar gear pada gear 2 atau pun 3.

Untuk memastikan minyak korang jimat dan tak terlalu menelan duit sangat.

3.  Isi angin tayar

Selalunya dalam sebulan berapa kali korang periksa angin tayar?

Ke tiga bulan sekali? Setiap dua minggu sekali pastikan anda rajinkan diri untuk isi angin tayar dan periksa jugak kondisi tayar kereta.

Periksa la sikit kot kot tayar dah memang pancit ke kurang angin ke tapi korang lenjan jugak bawak kereta.

Bukan setakat minyak je habis, nyawa pun boleh tergadai.

Walaupun perkara ni nampak mudah tap sebelum memandu pastikan tayar kereta anda mempunyai angin yang cukup.

Supaya enjin anda tak perlu bekerja keras untuk memastikan kenderaan tersebut boleh berjalan dengan lancar.

Tak susah pun nak isi angin tayar ni, setiap tepi pintu pemandu dah ada tulis berapa angin tayar yang korang perlu isi.

Jangan terlebih atau terkurang isi ya itu pun tak elok untuk kenderaan.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.