Nak tahu tak sebenarnya kalau salah cara bila isi tekanan angin pada tayar kereta tu, berkemungkinan ia akan menyebabkan tayar kereta cepat botak sama juga seperti bunga tayar cepat haus.
Daripada korang terpaksa keluar duit lebih selalu semata-mata untuk tayar kereta yang botak lebih baik lah ambil langkah yang betul semasa isi tekanan angin tayar. Nak tahu macam mana? Jom baca artikel penuh di bawah.
Tekanan Angin Maksimum
Setiap tayar kereta mempunyai tekanan maksimum yang tersendiri, boleh tengok pada sisi tayar kereta anda contohnya ada ‘Max. Pres. 35 PSI’ itu bermaksud angka tekanan sejuk yang tayar kereta tersebut boleh tampung.
Sejuk itu bermaksud waktu untuk mengepam tekanan angin pada tayar kereta adalah selepa kereta tersebut sudah berteduh dalam masa yang lama dan tidak di bawah matahari. Biasanya tekanan maksimum tayar kereta adalah dalam 30 dan 32PSI.
Apa akan terjadi sekiranya tayar dipam lebih daripada PSI?
TAYAR CEPAT BOTAK
Bila tayar dipam dengan tekanan angin yang melebih daripada angka yang sepatutnya, tayar kereta akan jadi lebih cepat botak. Getah pada bunga tayar kereta anda akan lebih terkeluar dan akan menyebabkan bahagian tengah pada tayar kereta anda jadi cepat haus.
Bukan setakat tayar kereta je yang haus, boleh juga jadi punca tayar untuk meletup. Bahaya risiko untuk terjadi kemalangan tu tinggi lagi-lagi dengan cuaca di negara kita sekarang ni yang sedang mengalami musim hujan lebat.
TAYAR SUSAH UNTUK DIKAWAL
Bila tayar kereta ni terlebih pam angin, biasanya tayar kereta ini tidak boleh berfungsi dengan baik. Kurang kawalan daripada tayar kereta kaan menyebabkan kereta anda terseret kerana kekurangan cengkaman grip di atas jalan raya oleh tayar kereta dan boleh mengancam keselamatan pemandu dan juga penumpang jalan raya.
MASA TERBAIK UNTUK PAM TAYAR
Selalunya korang akan pam tayar pada waktu bila? Ke ikut masa yang korang suka sahaja? Asal nampak tempat pam minyak ha terus je lah isi angin tayar. Ha sebenarnya ada waktu yang tertentu untuk pam angin tayar ni.
Ada 3 syarat penting bila patutnya anda periksa angin tayar kereta.
- Selepas isi minyak kenderaan
- Setiap kali suhu berubah 10 darjah celcius
- Setiap sebulan atau setiap selepas 30 hari
TEKANAN TAYAR YANG OPTIMUM
Car stranded on the roadside and need a new battery?
Contact us at 1700-81-6081.
Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.