Biasanya bila nak tukar bateri kereta ni kita tak boleh nak jangka, tahu-tahu je nanti mula lah tiba-tiba bateri kong. Kalau nak tukar bateri kereta ni kena tahu baca kod saiz bateri. Kita boleh nampak sama ada tayar kereta itu sudah haus atau pun tidak.

 

Bila sudah haus, makanya memang perlu ditukar dan bukan macam bateri di mana kita tidak boleh nampak menggunakan mata sama ada ia sudah patut ditukar atau pun tidak.

 

Tanda-tanda yang memang ketara bila kita patut tukar bateri kereta adalah apabila enjin kenderaan anda tidak boleh dihidupkan. Dah cuba nak hidupkan enjin berapa kali pun masih tak boleh hidup. Itu maknanya bateri kereta anda sudah kong, dan memerlukan untuk anda tukar bateri kereta dengan secepat mungkin.

 

 

Biasanya kan bila anda nak tukar bateri kereta, macam mana anda pilih dan tahu bahawa bateri kereta tersebut memang sesuai dan ngam untuk kenderaan anda?

 

Anda jenis pilih bateri kereta tersebut mengikut jenama atau pun lepas tengok review orang ramai? Selama anda beli dan tukar bateri kereta kan, tahu tak cara macam mana nak baca kod pada bateri kereta?

 

 Sebenarnya terdapat beberapa faktor untuk dipertimbangkan dan banyak jenama bateri kereta untuk dipilih yang memang berkualiti. Bacaan kod pada bateri kereta juga sangat penting anda tahu. Incase kalau ada apa -apa terjadi, sekurang-kurangnya anda tahu yang mana betul atau pun salah.

 

Jenis Kod Saiz Bateri Kereta

 

Terdapat 2 jenis kod saiz bateri kereta iaitu:

1. Kod JIS (Japanese Industrial Standard)

2. Kod Din (Deutsches Institutfür Normung)

 

Apa yang membezakan jenis kod saiz bateri kereta ini adalah kod JIS itu biasanya digunakan untuk kenderaan Jepun dan Korea manakalan untuk kod DIN ia lebih terkenal untuk kenderaan kontinental yang daripada negara Eropah.

 

Tetapi untuk bateri kereta kod saiz DIN, terdapat juga sesetengah kenderaan yang berasal daripada Korea menggunakannya.

 

Saiz Bateri Kod Jis

Kod jis terbahagi kepada dua jenis:

l Kod Jis lama: NS40,NS60,NS70

l Kos Jis baru: 38B19L (NS40), 45B24L (NS60), 65B26L (NS70)

Cara Baca Kod Jis Baru

 

 

a) Prestasi bateri. Nilai ini diambil dari bacaan prestasi dan kapasiti bateri. Sekiranya nilai bacaan lebih tinggi bermaksud prestasinya lebih baik.

b) Saiz dimensi bateri kereta.

c)  Saiz kepanjangan bateri kereta. Nilai diukur dalam centimetre.

d)  Posisi terminal positif (+) bateri kereta. L = Left, R = Right.

 

Lets say kalau korang tak tahu macam mana nak pilih bateri kereta, benda utama yang korang perlu tengok adalah di bahagian B dan juga C. Sekiranya saiz bateri kereta tersebut tidak berapa accurate dalam 1cm macam tu adalah masih boleh diterima.

 

Nak cari bateri kereta yang bagus boleh tengok di bahagian A pula. Sekiranya nilai tersebut besar maka bateri kereta tersebut bagus dan tahan lebih lama.

Saiz Bateri Kod DIN

 

Kod DIN ni lagi mudah untuk difahami. Untuk kod DIN pula nilainya dalam bentuk AH.

Sebagai contoh:

i. DIN55 = 55Ah

ii. DIN66 = 66Ah

iii. DIN90 = 90Ah

 

Sekiranya kereta anda perlu menggunakan bateri kereta jenis DIN, cari sahaja yang mempunyai bacaan Ah, pastikan kod dan saiz bateri tersebut bersesuaian dengan kereta anda.