Memandangkan sekarang ni bateri kereta elektrik (EV) sedang meningkat naik, semakin ramai pengguna yang ingin menukar bateri kereta mereka kepada bateri kereta jenis elektrik (EV). Jadi sebenarnya berapa lama jangka hayat bateri kereta elektrik (EV) ini boleh bertahan?

 

Jangka hayat setiap bateri kereta sebenarnya bergantung pada cara pemanduan dan penyelenggaraan anda. Kebiasaannya sebuah kereta dengan enjin petrol boleh dipandu sejauh 320,000km. Bagi enjin diesel pula boleh meningkat sehingga 5 kali ganda tanpa sebarang masalah. Jangka hayat bagi kereta petrol, kira-kira dalam 1-2 tahun.

 

Jangka hayat bateri kereta

 

Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik (EV)

 

Jadi, berapa lamakah jangka hanyat bateri kereta elektrik (EV)? Kebiasaannya bateri kereta elektrik ini mempunyai waranti sehingga 8 tahun atau pun sehingga 160,000km menurut sumber artikel yang diterbitkan oleh Carsguide Australia.

 

Apa yang bagusnya disini sekiranya bateri kereta anda mulai merosot, maka pemandu atau pengguna kenderaan tersebut boleh memilih untuk menggantikan bateri kereta mereka dengan pilihan yang tersendiri dengan pilihan yang lebih murah.

 

Bateri kereta elektrik (EV) ini dikuasakan bateri litium-ion yang bersifat boleh dicas semula. Lebih banyak tenang kuasa daripada bateri asid plumbum yang terdapat dalam enjin pembakaran dalaman. Atau bateri nikel-kadmium yang boleh dicas semula yang terdapat dalam sesetengah hibrid.

 

Kebiasaannya bateri kereta elektrik (ev) ini akan semakin merosot apabila ia sudah melebih 10 tahun penggunaan. Sekiranya keadaan bateri semakin merosot, ia memerlukan untuk anda caj kereta dengan kerap atau pun ia mengambil masa yang lama untuk mengecas sehingga penuh.

 

bateri kereta elektrik (ev)

 

Bateri Kereta Elektrik (EV) Bermasalah?

Bateri kereta elektrik punya jangka hayat akan mula merosot disebabkan suhu, kitaran dan juga masa penggunaan kereta. Sekiranya suhu lebih panas, ia akan mudah menjejaskan jangka hayat bateri EV dengan mudah. Apabila bateri melalui kitaran pengecasan — dinyahcas semasa memandu dan di cas semula semasa dipadamkan — ia perlahan-lahan akan kehilangan potensi sehingga tahap maksimum.

 

Bateri kereta elektrik suhunya semasa penggunaannya tidak boleh terlalu panas dan sejuk bagi mendapatkan operasi yang optimum. Suhu bagi operasi kereta elektrik yang optimum ialah antara 0 sehingga 27 darjah celcius dan ianya sesuai dengan suhu di Malaysia.

 

Jadi sekiranya anda menggunakan kereta elektrik pada suhu yang panas, ia akan mempercepatkan proses degradasi bateri. Sebagai contoh Tesla memasang sistem kawalan thermal pada pek bateri. Bagi memastikannya tahan lebih lama dan boleh dicaj dengan pantas.

 

Semoga info ini bermanfaat! Dapatkan servis penghantaran, pemeriksaan & pemasangan bateri kereta di mana-mana cawangan di seluruh Malaysia.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.