Setiap orang yang ada kenderaan sendiri ni mesti sekurang-kurangnya ada satu atau dua barang yang anda akan simpan di dalam kereta. Pernah tak korang terfikir barang yang disimpan tersebut adalah barang bahaya?

Tak kisah lah samada kasut, baju atau barangan yang lain.

Kadang bila dah terbiasa simpan barang dalam kereta, jadi penuh dah macam rumah kedua pula kereta tu.

Tetapi anda tahu ke yang tak semua barang boleh disimpan di dalam kereta?

 

Ha ada sesetengah barang yang memang dilarang untuk ditinggalkan di dalam kereta.

Lagi-lagi apabila kereta anda tu ditinggalkan di bawah matahari atau di tempat yang panas terik dalam jangka masa yang terlalu lama.

Kalau yang bekerja pula memang banyak lah mereka simpan barang dalam kereta disebabkan selalunya tak ada masa pun nak check kereta setiap hari betul tak?

 

Antara peralatan yang dilarang ditinggalkan di dalam kereta adalah:

1. Tin Aerosol / Botol Spray

 

Antara tin aerosol atau botol spray ni jenis besi contohnya perfume kereta atau cushion, spray rambut, botol spray lap cermin tingkap, ubat-ubatan yang berada di dalam botol spray besi dan boleh juga spray aerosol contohnya macam Ridsect.

 

Botol spray aerosol ni tak boleh tinggal di dalam kereta lagi-lagi pada waktu panas adalah kerana, molekul udara dalam tin tersebut boleh mengembang dan lama kelamaan ia boleh meletup.

Ini bukan fakta sahaja ya, kes ini pernah berlaku dan menyebabkantin meletup dan kereta terbakar.

 

2. Makan & Minuman

Selain daripada parking di tempat yang tidak tentu tahap kebersihannya, sebenarnya sekiranya tinggal makanan dan minuman di dalam kereta juga lah menjadi punca kereta anda banyak lipas.

 

Kalau boleh elakkan untuk makan di dalam kereta kerana sisa makanan tersebut akan membuatkan lipas tertarik dan beranak pinak di dalam kereta tersebut.

3. Power bank

Dalam pada 2 tahun lepas ada sebuah kereta Alza terbakar hampir 30% akibat power bank yang meletup.

Memang bukan boleh buat main ya sekiranya tinggal powerbank di dalam kereta ni walaupun dalam pada masa yang sekejap.

Benda nak jadi bila-bila masa ia boleh terjadi, tak kira ditinggalkan sekejap atau pun lama.

Macam mana powerbank boleh meletup? Untuk pengetahuan anda power bank ni tak boleh di letakkan pada suhu yang tinggi.

Suhu di dalam kereta pula sebenarnya lagi tinggi daripada suhu dekat luar.

Jadi, sebab itu lah suhu di dalam kereta tu berisiko tinggi untuk membuatkan powerbank meletup.

4. Lighter

Tanpa kita sedar sebenarnya benda-benda kecil macam lighter ni lah yang boleh mengancam nyawa dan keselamatan kereta anda.

 

Satu kajian menunjukkan bahawa cecair mudah terbakar di dalam cahaya bocor apabila tertakluk kepada haba atau persekitaran yang panas.

Ini ternyata menjadi tempat ia merebak dengan baik dan mencetuskan api yang marak.

 

5. Ubat-ubatan

Setiap ubat-ubatan anda perlu di simpan di dalam tempat yang kering pada suhu bilik.

Memandangkan suhu di dalam kereta lebih tinggi berbanding suhu di luar, ia boleh menyebabkan ubat-ubatan anda cepat rosak.

 

Biasanya ubat-ubatan ni perlu disimpankan dalam pada suhu 25C ke bawah dan ada juga ubat yang perlu disimpankan di dalam peti ais.

Jika suhu itu lebih makan ia boleh merosakkan ubat dan kesihatan anda sekiranya anda makan ubat tersebut.

 

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.