Nak tahu punca ECU rosak? Buat sesiapa yang baru pertama kali dengar ECU. Ia merupakan salah satu komponen yang penting untuk kenderaan anda. ECU atau nama penuhnya adalam Electric Control Unit ini sebenarnya ia juga dikenali sebagai ECM iaitu engine control module. 

 

Sebenarnya ECU punya peranan adalah untuk menguruskan fungsi enjin mengawal selia kebanyakan komponen termasuk sistem dan subsistem dalam enjin kereta. Jadi ECU ni peranan utamanya berkaitan dengan enjin kereta.

 

Disebabkan itu lah sekiranya ECU kereta atau kenderaan anda ada tanda kerosakan, cepat-cepat lah pergi ke mana-mana bengkel untuk periksa. Sekiranya anda menangguhkan urusan pemeriksaan ECU ia boleh memakan kos yang amat tinggi sekiranya tahap kerosakannya teruk.

 

Secara umumnya, ECU kereta ni tugasnya adalah untuk kawal prestasi dan fungsi pemanduan pada kenderaan tersebut. Bukan itu sahaja ia juga akan menguruskan nisbah bahan api dan udara serta timing enjin.

 

Tanda-Tanda ECU Kereta Rosak

1. Enjin kereta semput

 

 

Salah satu cara yang korang boleh tahu sama ada ECU kereta tersebut sudah rosak atau pun tidak adalah bila anda tekan pedal minyak dan enjin kereta semput.

 

Enjin kereta tersemput ni kebanyakkan terjadi apabila anda nak hidupkan enjin kereta atau pun pada bila-bila masa sahaja. Dia biasanya terjadi dalam pada masa yang singkat sahaja tetapi secara kerap.

 

2. Lampu amaran enjin menyala

 

 

Kalau anda ada nampak lampu amaran enjin menyala pada dashboard, itu juga merupakan masalah pada ECU kereta. Biasanya lampu tersebut akan akan menyala warna merah.

 

Biasanya lampu tersebut menyala apabila terdapat masalah pada enjin sama ada sensor atau litar di dalam kereta tersebut. Sekiranya lampu tersebut menyala boleh lah pergi servis kereta anda.

 

Punca Kerosakan ECU Kereta

1. Bateri kereta kong

Bateri kereta ni sebenarnya ada sel elektronik untuk pastikan ECU pada setiap kenderaan dan kereta supaya sentiasa dalam keadaan yang baik. Tetapi sekiranya bateri kereta kong, ia akan menyebabkan ECU kereta anda tidak dapat berfungsi dengan baik.

 

Disebabkan itu lah ia boleh menyebabkan ECU kereta menjadi rosak dan enjin tidak boleh dihidupkan. Dari masa ke masa boleh lah periks kesihatan bateri kereta untuk pastikan ECU sentiasa dalam keadaan baik.

 

2. Jumper kereta dengan cara yang salah

Sebenarnya kalau salah cara jumper kereta ia sebenarnya boleh menjadi punca ECU kereta anda cepat rosak. Disebabkan itu lah sekiranya setiap kali ada jumper kereta, pastikan wayar tersebut berada pada terminal yang betul.

 

Bila ECU kereta dah rosak, lagi banyak duit lah nak kena guna pakai. Tak pasal-pasal pulak nanti kan. Kalau korang nak tahu cara jumpa kereta dengan mudah boleh rujuk Facebook post di sini.

 

3. Starter kereta rosak

 

Sekiranya starter kereta korang sudah ada tanda kerosakan ia sebenarnya boleh menyebabkan jumlah voltan ECU menjadi tidak stabil. Antara salah satu fungsi starter kereta adalah untuk kawal jumlah voltan.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.