Walaupun pada zaman sekarang ni dah jarang kita nampak orang bawa kereta manual. Namun masih ada lagi segelintir orang yang bawa kereta jenis manual ni. Selalunya yang bawa kereta manual ni samada orang yang sudah berumur atau anak muda yang pinjam kereta keluarganya.
Jangan salah sangka sebenarnya ada juga anak muda yang suka kereta manual ni kerana mereka boleh modify kereta tersebut mengikut citarasa. Bila guna kereta manual ni baru diorang ada feel nak drive kereta dan boleh adjust kelajuan kereta laju mana yang diorang nak memandu.
Bawak manual ni memang best sebab laju tetapi ada beberapa habit memandu kereta jenis manual ni yang perlu dielakkan. Nak tahu lebih lanjut? Ikuti perkongsian kami di bawah.
GEAR NEUTRAL APABILA DI LAMPU ISYARAT
Apabila berapa di lampu isyarat kebiasaannya ada sesetengah lampu isyarat kan agak lama. Kalau anda suka guna gear D apabila di lampu isyarat boleh lah berhenti daripada sekarang.
Sebaiknya apabila berada di lampu isyarat gunakan gear N iaitu Neutral untuk kurangkan tekanan pada enjin kereta. Apabila lampu sudah hijau boleh lah memandu seperti biasa.
LETAK TANGAN PADA TOMBOL GEAR
Semasa kereta anda tidak bergerak dan berada dalam keadaan statik, elak untuk meletakkan tangan pada tombol gear kereta.
Ini adalah kerana untuk mengelakkan selector fork kereta anda menjadi haus dan untuk mengelakkan rotating collar dan gear bersentuhan di antara satu sama lain.
TIDAK TEKAN KLAC SEMASA TUKAR GEAR
Fungsi klac ni adalah untuk memutuskan enjin daripada kotak gear setiap kali anda tekan pedal.
Jadi, sekiranya anda tidak tekan klac semasa mahu menukar gear ia sebenarnya akan merosakkan sistem transmisi dan juga enjin kereta.
GUNA GEAR BETUL IKUT SITUASI
Setiap situasi di jalan raya anda kena bijak menggunakan gear dengan betul salah satu contohnya jangan sesekali turunkan gear sekiranya anda sedang memandu dengan laju hinggakan putaran enjin anda mencecah garisan merah.
TEKAN MINYAK DENGAN KUAT KETIKA RPM RENDAH
Kebiasaannya kita akan tekan minyak je bila nak pecut, tetapi anda sebenarnya tak perasan yang pada ketika itu RPM masih rendah.
Jadi sekiranya anda tekan minyak semasa RPM masih rendah, ia akan merosakkan enjin kereta anda. Seeloknya naik kan RPM dan tekan minyak dengan cara yang betul.
Car stranded on the roadside and need a new battery?
Contact us at 1700-81-6081.
Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.