Sebelum merancang perjalan untuk berjalan jauh, anda kena pastikan 5 peralatan wajib ini ada di dalam kereta.Ada yang dah bercadang dengan family dan member ke untuk pergi bercuti berjalan jauh? Bestnya bila dapat pergi bercuti ramai-ramai lagi-lagi dengan orang yang kita rapat. Dapat pulak pergi area Pantai Timur atau pun Utara fuh memang best lah. Makanan dekat area sana dah la memang sah-sah sedap, bukan tu je harganya pun not bad tak ada lah terlalu mencekik darah.
Kalau bercuti korang prefer untuk makan makanan yang beli di kedai atau pun masak sendiri? Sebab ada orang jenis nak berjimat, katanya makan sendiri lagi puas. Tapi sebenarnya kalau korang dah ada peluang berjalan jauh pergi ke negeri lain, cuba lah makanan-makanan diorang, bukan senang nak dapat. Setiap negeri ni makanan yang diorang saji tu ada keistimewaan yang tersendiri.
Memang korang susah lah nak dapat dekat hometown korang. Mungkin ada je yang jual makanan negeri lain, mungkin rasanya tak berapa nak original lah gitu.
Nak pergi bercuti ni mesti lah tujuan utamanya nak rileks kan minda dan nak enjoy-enjoy kan? Lepas dah penat bekerja, semua orang pun need a break. Jadi salah satu cara taknak bagi korang stress semasa bercuti adalah pastikan kereta dalam keadaan baik.
Sebelum plan bercuti tu hantar lah kereta pergi servis dan periksa la apa yang patut. Tapi benda tu je tak cukup korang kena jugak ada backup. Incase tetiba kereta korang buat hal atau terjadi apa-apa dekat pemandu dan penumpang.
Jadi ni ada 5 peralatan wajib korang bawak sekiranya ingin berjalan jauh.
1. First Aid Kit
Sekiranya anda lalu di kawasan yang jalannya mengundang untuk tayar anda pancit atau pun tiba-tiba baru perasan yang sebenarnya tayar anda pancit, pam angin tayar kereta ini memang diperlukan.
Beli sahaja saiz yang compact tak perlu yang terlalu besar kerana nak letak di bonet, nanti senang lah sementara nak sampai bengkel boleh lah pam dulu tayar tu.
4. Segi Tiga Kecemasan
Kalau kereta anda tiba-tiba bateri kong tepi jalan atau overheat, kereta memang dah tak boleh jalan atau hidupkan enjin yang menjadi penyelamat keselamatan dan nyawa diri anda adalah segi tiga kecemasan. Ia akan membuat pengguna jalan raya tersebut aware bahawa ada kereta yang sedang berhenti dan berada dalam kecemasan.
Jadi orang ramai akan perasan dan memperlahankan kenderaan bagi mengelakkan sebarang kemalangan terjadi. Kalau nak extra, sediakan juga torchlight kerana waktu malam mungkin masih ada orang yang tak perasan. Sediakan peralatan ni di dalam kereta dan pastikan setiap kereta mempunya segitiga kecemasan.
5. Air Bateri Kereta
Macam biasa sebelum nak pergi berjalan jauh mesti korang akan bawa kereta pergi servis kan, tetapi masalah yang datang tu tanpa kita duga bila-bila masa je dia boleh muncul. Kalau korang risau bateri kereta tu tiba-tiba kering, jangan panik before nak travel tu terus beli air bateri kereta incase terjadi apa-apa dekat jalan raya tu. Janji ada backup ya.