Penting ke sebenarnya untuk tahu jangka hayat bateri kereta? Sesiapa sahaja sekali pun kalau tiba-tiba je bateri kereta kong memang teru potong mood. Terus sakit kepala fikir mana lagi nak korek duit untuk beli bateri kereta yang baru.

 

Ye lah, bateri kereta ni kita sendiri tak dapat jangka bila yang dia memang betul-betul akan kong. Jangka hayat bateri kereta ni tak bertarikh, kita cuma tahu berapa tahun je ia bertahan.

 

Seperti yang hampir semua orang tahu faktor yang boleh menyebabkan jangka hayat bateri kereta menjadi singkat adalah disebabkan keadaan cuaca dan juga cara macam mana anda menggunakan kenderaan tersebut. 

 

 

Sekiranya cara anda menggunakan kereta atau kenderaan dengan baik sebenarnya boleh elakkan bateri kereta tersebut daripada cepat kong sebelum tiba masanya.

 

Ada sesetengah orang baru beli bateri kereta dalam setahun dah rosak, itu mungkin salah diri sendiri dan korang sendiri mungkin boleh nilai macam mana dia guna kenderaan tersebut.

 

Untuk pengetahuan anda secara puratanya bateri kereta boleh bertahan dalam dua hingga ke tiga tahun. Jangka masa yang agak lama ya, jadi sempat lah anda simpan duit dahulu.

 

Jadi, kalau nak pastikan jangka hayat bateri kereta anda panjang. Maka anda boleh cuba 5 cara seperti di bawah ni:

1.    Jangan biarkan kereta tersadai terlalu lama

Sekiranya anda biarkan kereta tersadai dalam masa yang lama sebenarnya ia menyebabkan bateri kereta tersebut tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengecas semula.

 

Lebih baik sekiranya anda menggunakan kereta dengan kerap, sekurang-kurangnya dalam 30 minit pemanduan dalam seminggu sekali pun dah mencukupi untuk panaskan enjin kereta.

 

2. Selalu periksa voltan bateri kereta

Untuk elakkan anda jadi mangsa kereta tiba-tiba mati di tengah jalan di sebabkan bateri kong, jadi selalu lah pergi ke mana-mana cawangan Bateri Hub untuk periksa voltan bateri kereta secara percuma.

 

Senang je nak uji voltan bateri kereta ni, anda hanya guna voltmeter. Kalau nak periksa bateri kereta pastikan anda uji semasa kereta tersebut telah dimatikan enjin selepas dua belas jam. Baru anda akan dapat bacaan yang tepat.

 

3. Bersihkan di permukaan bateri kereta

Dekat permukaan bateri tu tanpa kita sedar sebenarnya ada je kekotoran, habuk atau basah pada tepi-tepi bateri tu. Jadi, pastikan anda kerap lap dan bersihkannya untuk elakkan daripada berlakunya litar pintas.

 

Ambil je kain kering atau span untuk lap permukaan bateri. Tak perlu nak guna sabun pun. Sekurang-kurangnya dalam sebulan sekali boleh la bersihkan. Nak elakkan dia menjadi karat dan ada hakisan pada terminal bateri.

 

4. Tutup lampu selepas matikan enjin kereta

 

etiap kali keluar daripada kereta, pastikan anda periksa lampu kereta sama ada sudah ditutup atau pun belum, ini adalah untuk mengelakkan ia daripada menjejaskan kesihatan bateri kereta.

 

Sebelum terus berjalan pastikan toleh dulu ke bahagian kereta. Baru lah anda boleh mula berjalan kaki ke tempat yang dituju. Ia boleh menyebabkan bateri kong sekiranya ia dipasang terlalu lama.

 

5. Servis kereta

Perkara basic yang anda perlu buat untuk mengelakkan kereta daripada tiba-tiba breakdown, ikut lah tarikh yang ditetapkan untuk servis kereta.

 

Jangan servis lewat daripada masa yang ditentukan. Boleh tanya pada mekanik tersebut sama ada bateri kereta anda masih dalam keadaan yang sihat atau pun tidak.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.