Posted on Leave a comment

5 Punca Bateri Korang Cepat ‘Kiok’

  1. ALTERNATOR KERETA KORANG DAH ROSAK
    Antara simpton-simpton ‘femes’ di kalangan penyakit serangkai untuk bateri kereta adalah Alternator kereta tu sendiri. Alternator berfungsi sebagai penjana tenaga elektrik pada kenderaan. Fungsi asasnya adalah hampir sama seperti dinamo atau generator. Once benda ni dah rosak, dia akan kacau sistem aliran letrik kereta korang yang boleh menjejaskan bateri tu sendiri.
  2. SHORT-CIRCUIT PADA KENDERAAN KORANG
    Short-circuit ni biasa berlaku pada kereta yang di’modified’ dengan sistem wiring yang tidak kemas dan betul. Ianya akan menganggu sistem elektrik pada bateri korang dan paling ‘worst’, kereta boleh terbakar wooo…
  3. PENGUNAAN LAMPU UTAMA & RADIO TIDAK DI ‘OFF’
    Biasanya berlalu jika korang sentiasa membiarkan lampu dan radio di ‘ON’ walaupun kenderaan korang tidak dihidupkan.

  4. AKSESORI KENDERAAN TERLALU BANYAK
    Pengunaan aksesori kereta seperti dashcam, LCD display interior, LED lampu, sistem audio subwoofer dan speaker yang keterlaluan akan membuatkan bateri korang cepat ‘kiok’ JIKA penggunaan yang terlalu melampau dengan kemampuan bateri terebut.
  5. JARANG START KERETA
    Jarang start kereta atau kenderaan anda juga adalah faktor utama bateri korang cepat ‘kiok’, korang jangan ingat kalau korang tak start kereta.. bateri akan ada pada voltan yang sama ek! korang silap… so, rajin2 la start kereta walaupun jarang-jarang keluar waktu PKP ni ya.