Siapa je yang tak panik sekiranya kereta yang dipandu tiba-tiba je kereta berasap. Tiada angin, tiada ribut tahu-tahu asap penuh je keluar daripada bonet kereta.

 

Kalau lampu indikator pada dashboard kereta pun berwarna merah ini tak lain dan tak bukan mesti orang ramai akan assume masalah enjin kereta overheat. Kebiasaannya kereta anda tidak akan terjadi overheat secara tiba-tiba melainkan ada masalah lain yang terjadi.

 

PUNCA MASALAH KERETA JADI OVERHEAT

  •  Laluan air coolant tersumbat
  •  Radiator bocor atau tersumbat
  •  Tiada air di dalam radiator
  •  Pam air bocor dan tidak berfungsi
  •  Sistem temperature switch bermasalah
  •  Drive belt rosak atau kenduri

APA PERLU BUAT SEKIRANYA KERETA BERASAP?

 

Sekiranya kereta anda tiba-tiba berasap. Jangan sesekali panik, sebaliknya apa yang anda perlu buat adalah tunggu sehingga kereta tersebut sejuk dahulu. Jangan beranikan diri untuk terus buka radiator kerana ia sangat panas dan boleh mencederakan anda.

 

Tunggu sahaja sehingga asap putih daripada kenderaan hilang. Jangan burukkan keadaan dengan menyimbah air pada radiator, ia sebenarnya tak membantu langsung untuk kereta yang sedang overheat.

 

Sekian di atas untuk beberapa punca dan langkah keselamatan yang anda perlu take note sekiranya mengalami kereta keluar asap secara tiba-tiba. Tunggu sahaja sehingga kereta cool down baru lah buat apa yang patut.

Kereta terkandas di tepi jalan dan perlukan bateri baharu? Dapatkan Pemeriksaan, Penghantaran dan Pemasangan PERCUMA dan sila hubungi kami di 1700-81-6081

 

Ikuti Halaman Facebook Page dan Instagram BateriHub untuk maklumat lanjut.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.