Banyak dah kes kemalangan di jalan raya yang berpunca daripada tak kenal zon blindspot. Alasan pemandu kebiasaannya adalah mereka tidak perasan ada orang atau pun kenderaan berdekatan mereka.

 

Beberapa tahun lepas ada sebuah kes yang melibatkan seorang kanak-kanak dan sebuah lori yang besar. Lori tersebut tak perasan bahawa ada seorang kanak-kanak berdekatan dengannya, lalu ia tergilis budak tersebut dan menyebabkan kemalangan jalan raya yang ngeri.

 

Mana-mana pemandu sahaja lah korang mesti pernah lalui hampir terlanggar kenderaan lain disebabkan oleh blindspot tu. Kadangkala, cukup lah bila nak belok kereta tu je ada masanya memang tak nampak langsung ada kenderaan yang datang menghampiri kereta anda.

 

Lagi-lagi bila di tengah jalan raya yang sesak kan, tahu-tahu je ada kereta tibe-tiba datang nak menyelit. Memang bahaya betul, lagi bahaya sekiranya kemalangan jalan raya tersebut mengancam nyawa pemandu tersebut.

 

 

Kebiasannya kemalangan yang berpunca daripada blindspot ni boleh terjadi akibat, kecuaian pemandu tu sendiri.

Jadi kalau boleh bila berada di atas jalan raya, fokus pada pemanduan sepenuhnya jangan terleka walaupun sesaat ya.

Macam-macam boleh terjadi tanpa kita jangka.

 

Jadi, sekiranya anda pemandu yang baru sahaja belajar memandu atau pun sudah lama sekali pun memandu.

Sebelum anda memandu kenderaan tersebut pastikan anda tahu terlebih dahulu mana blindspot kenderaan tersebut.

Ini bukan sahaja boleh buatkan keselamatan diri anda terjamin, malah keselamat penumpang-penumpa yang lain juga.

 

Biasanya kalau setakat tengok cermin sisi kereta juga tidak mencukupi, boleh terjadi kes yang lagi terus sekiranya anda ingin menukar lorong.

Paling banyak kes kemalangan disebabkan blindspot berlaku akibat pemandu mahu menukar lorong.

 

 Cara Mudah Kenal Zon Blindspot

Kebiasaannya kedudukan blindspot ini adalah pada bahagian sisi kenderaan anda tak kira kiri mahupun kanan.

Jadi ada sesetengah orang berasa cukup dengan hanya menggunakan cermin kerin, kana dan tengah tu je kan?

Walaupun anda dah tengok pada cermin tersebut, tetapi sebenarnya ia tak membantu anda untuk lihat blindspot.

 

Cara untuk anda lihat blindspot adalah dengan menoleh sedikit kepala ke cermin luar untuk tengok situasi di atas jalan raya tersebut.

Nak buka tingkap pun boleh sekiranya ia membantu penglihatan anda untuk lihat blindspot dengan jelas.

 

Apa-apa sekali pun kena ingat ya walaupun anda dah lihat situasi blindspot kenderaan anda, pastikan anda memberi signal terlebih dahulu sebelum menukar lorong.

Ia adalah untuk membuatkan pemandu lain aware dengan pergerakan kenderaan anda.

 

Kalau anda pakai kereta yang advance dan modern sikit kebiasaanya mereka sudah ada features yang boleh mengesan sekiranya ada kenderaan di mana-mana bahagian kenderaan anda.

Features tersebut sangat membantu pada pemandu untuk sentiasa berhati-hati dan elak daripada berlaku sebarang kemalangan jalan raya.