Bila dah sedap memandu di atas jalan raya, tengah mood happy boleh pulak tiba-tiba enjin kereta mati. Haa sudah ini kenapa pulak? Takkan lah bateri kereta kong atau alternator kot? Baru sahaja tukar bateri kereta. Jangan macam-macam. Baik, ini adalah contoh situasi pertama.

 

Situasi kedua pula, korang pernah tak nampak orang jadi panik nak start enjin kereta mereka kerana keretanya mati pada semasa traffic light tengah hijau? Dia dah cuba start enjin berkali-kali pun masih juga sama kereta tak boleh hidup.

 

Mesti persoalan pertama yang terlintas daripada kita semua adalah masalah bateri lemah atau bateri kong. Tetapi tidak semestinya sebab ada juga orang yang baru sahaja tukar bateri kereta tetapi mereka melalui situasi seperti ini. Asyik bateri kereta juga dipersalahkan ya? Haha. Okay, sebenarnya mungkin bateri kereta kong juga menjadi salah satu faktornya tetapi sekiranya bateri tidak kong masalah lainnya adalah alternator kereta sudah rosak.

“Jadi sebenarnya alternator ini apa & fungsinya apa eh?” 

FUNGSI ALTERNATOR KERETA

Kalau korang nak tahu sebenarnya alternator kereta ini merupakan salah satu komponen yang penting pada kenderaan kerana ia berfungsi sebagai ia mengalirkan tenaga elektrik pada kenderaan.

 

Walaupun kita tengok alternator ni seperti macam komponen biasa sahaja kerana ia hanya mempunyai beberapa bahagian, tetapi ia amat penting tenaga elektrik itu dialirkan pada kereta hasil daripada gerakan mahu pun putaran enjin kereta. Jadi kalau korang nak tahu komponen yang ada pada alternator kereta, korang boleh refer gambar di bawah. 

 

Seperti gambar di atas, kita boleh nampak komponen-komponen di atas kelihatan kecil kan? Tetapi setiap komponen tersebut yang membantu memperoleh bekalan tenanga elektrik yang berterusan daripada alternator tersebut. Tanggapan orang ramai selalu mengatakan bahawa bateri lah yang membekalkan tenaga pada kenderaan, malangnya bukan bateri sahaja yang membekalkan tenaga tetapi alternator ini yang mengalirkan tenaga untuk kenderaan.

 

Lebih terperinci bateri akan menghasilkan tenaga elektrik ketika enjin tidak dihidupkan lain pula alternator. Alternator pula mengalirkan tenaga elektrik apabila enjin dihidupkan. Kesemua wayar di dalam alternator tersebut akan bergerak melalui medan magnetik lalu menarik arus elektrik. Dari sini lah yang arus elektrik itu akan digunakan untuk menghidupkan semua aksesori kereta seperti lampu utama, air-conditioner, lampu brek dan lain-lain.

 

Memandangkan alternator ini berhubung terus dengan sistem yang ada dalam kenderaan, jadi sekiranya ada masalah teknikal yang lain ia akan menjejaskan alternator daripada melakukan kerjanya. Sekiranya alternator dah ada masalah, kereta anda akan mengalami beberapa masalah.

TANDA ALTERNATOR KERETA ROSAK

1. LAMPU BATERI MENYALA

Tanda utama sekiranya alternator kereta anda rosak adalah ia akan muncul lampu warna merah yang bersimbolkan ‘bateri’. Kedudukan simbol bateri tersebut berada di hadapan anda iaitu papan pemuka kenderaan.

 

Kebiasaannya, lampu amaran alternator ini akan mengesan sesuatu masalah lalu ia akan menjadi warna merah. Ada sesetengah kereta lampu tersebut tidak berbentuk bateri malah ia menunjukkan perkataan seperti ‘ALT’ atau ‘GEN’ yang bermaksud alternator atau generator.

2. LAMPU MENJADI MALAP

Selain daripada simbol bateri berwarna merah muncul, lampu kereta anda juga akan menjadi malap kerana effect daripada kerosakan alternator tersebut.

 

Seperti yang kita tahu alternator kan berfungsi untuk mengalirkan arus elektrik, jadi sekiranya ia rosak maka lampu kereta juga akan tidak berfungsi. Lampu kereta anda semakin lama ia akan menjadi makin malap dan tidak berfungsi terus, sama juga seperti aksesori kenderaan yang lain air-conditioner, tingkap dan meter-meter yang lain.

 

3. PERIKSA BELTING ALTERNATOR

Perkara yang seterusnya anda perlu buat adalah periksa belting alternator kereta anda sama ada ia dalam keadaan yang baik atau pun tidak. Untuk mengetahui ia dalam keadaan atau pun tidak senang sahaja.

 

Sekiranya belting alternator kereta anda tidak tegang ia bermaksud alternator anda tidak berfungsi dengan baik, bermaksudnya ia mempunyai masalah atau pun sudah rosak.

4. VISUAL, BAU & BUNYI

Cara pemeriksaan visual adalah anda perlu periksa dengan mata kasar sama tali sawat mempunyai sebarang keretakan, terputus atau pun sudah haus. Tali sawat yang baik adalah regangannya tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.

 

Manakala dari segi pemeriksaan bau pula pemilik kenderaan akan dapat bau seperti getah terbakar atau wayar yang terlalu panas sekiranya alternator itu sudah pun rosak dan lagi satu bunyi.

 

Sekiranya anda pernah dengar bunyi pada kereta anda seperti yang jarang anda dengar, ia bermaksud alternator kereta anda sudah mulai rosak. Bunyi itu akan berada di dalam enjin kereta anda. 

5. BATERI ‘KONG’

Sekiranya bateri anda lemah atau ‘kong’ ia mungkin masalah pada bateri kereta itu juga, namun begitu sekiranya anda sudah cuba menghidupkannya berkali kali namun masih enjin tidak boleh dihidupkan ia adalah punca daripada alternator yang sudah rosak.

 

Ini terjadi apabila alternator kereta anda telah rosak, ia tidak lagi boleh membekalkan arus elektrik secukupnya pada kenderaan untuk membantu mengecas bateri kereta dan ia telah menyebabkan bateri itu kekurangan tenaga yang akan digunakan untuk membantu menghidupkan enjin.

6. MULTIMETER

Sekiranya anda mahu periksa alternator kereta anda sepenuhnya untuk tahu sama ada ia berfungsi sepenuhnya, anda boleh periksanya menggunakan multimeter. Pastikan enjin kereta anda tidak dihidupkan terlebih dahulu.

 

Kemudian anda sambungkan multimeter dan boleh periksa bacaan voltage bateri kereta anda. Kebiasaannnya, bacaan bateri kereta yang baik adalah dalam 12.5-12.65V.

 

Selesai periksa menggunakan multimeter, anda boleh hidupkan enjin kereta dan perhatikan bacaannya. Bacaan baik voltage alternator kereta pada tahap minimumnya adalah 13V dan yang baik 13.5V-14.5V.

 

Sekiranya masalah alternator anda semakin teruk, anda disarankan untuk tukar alternator secepat mungkin supaya ia tidak akan menjejaskan keseluruhan sistem dalam kenderaan anda. 

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.