Cuba bayangkan anda di dalam perjalanan yang jauh tiba-tiba di pertengahan jalan dekat highway itu boleh pula enjin kereta mati disebabkan bateri kereta yang sudah ‘kong’. Mesti anda akan mula gelabah kerana tidak tahu apa nak buat, nak tukar bateri kereta pun tidak reti disebabkan tidak pernah ambil tahu samada kereta anda menggunakan bateri jenis apa iaitu bateri kereta kering atau pun bateri kereta sel basah? Ha sudah! Jadi, sebelum jadi dekat diri anda secara realitinya jom lah korang ambil tahu serba sedikit tentang jenis-jenis bateri kereta.

 

Macam yang anda sedia tahu, bateri kereta ini merupakan komponen utama untuk setiap kenderaan. Tidak kisah lah kereta, motosikal, lori atau kapal terbang pun semua jenis kenderaan memang memerlukan bateri untuk menghidupkan enjin kenderaan, tanpa bateri sampai kesudah lah kenderaan itu takkan bergerak dan untuk ada ilmu tentang bateri kereta ini tidak semestinya kaum lelaki sahaja ye, kaum wanita pun perlu mengambil tahu nanti senang lah kalau sekiranya ada hal kecemasan yang berlaku betul tak?

 

Okay, sebenarnya bateri kereta ada dua jenis tau iaitu bateri kereta sel kering dan juga bateri kereta sel basah. Untuk yang tertanya-tanya kenapa ada dua jenis bateri kereta dan yang mana satu lagi elok dan tahan lama, haa meh sini admin nak kongsikan dekat korang pastikan baca sampai habis tau!

 

BATERI KERING

Bateri sel kering atau orang kebiasannya panggil bateri kering juga dikenal sebagai bateri ‘Maintanence Free (MF)’. Jadi, kenapa bateri kering ini dikatakan MF? Ia adalah disebabkan bateri sel kering ini tidak memerlukan penyelenggaraan kerana anda tidak perlu meletakkan air bateri dan ianya lebih mudah untuk dijaga.

 

Ha, sesuai lah untuk akak dan abang yang busy berkerja sampai tiada masa untuk check bateri kereta sebabnya bater kering ini tidak perlu diselenggara, jadi anda tidak perlu risau takut air bateri sudah kering kerana ianya memang tidak ada tempat untuk mengisi air bateri. Tetapi anda perlu pastikan sambungan terminal disambung dengan baik supaya bateri itu boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.

 

Jadi, apabila tidak perlu isi air bateri macam mana nak tahu bila bateri tersebut perlu ditukar? Senang je! Kebiasannya jangka hayat bateri kereta adalah kadar minimumnya tahan sehingga 1 tahun dan paling lama 2 tahun. Tetapi jangka hayat bateri kereta mengikut jenis bateri kereta, tahap penggunaan elektrik di dalam kereta dan juga tahap penggunaan kereta anda. Tetapi harga pembelian bateri kereta sel kering ini agak mahal berbanding dengan bateri kereta sel basah, jadi padan lah kan harga dengan kualiti baterinya.

 

Anda hanya memerlukan duit yang banyak untuk memudahkan hidup supaya tidak perlu menyelenggara bateri kereta anda dengan kerap berbanding dengan menggunakan bateri kereta sel basah, tetapi ia sebenarnya mengikut tahap kemampuan masing-masing kerana setiap bateri kereta ini mempunya kelebihan dan kekurangannya tersendiri.

 

Perbezaan harganya boleh dikatakan lebih RM 50 berbanding dengan bateri sel basah, tetapi ia mengikut jenis brand bateri kereta yang anda beli.

BATERI BASAH

Bateri kereta sel basah atau bateri kereta jenis basah ini agak berbeza dengan bateri kereta kering.

 

Jadi, apa perbezaannya? Nama pun bateri basah kan? Jadi ia memerlukan air bateri untuk penyelenggaraan, daripada air bateri tersebut lah bateri kereta basah menghasilkan kuasa daripada sepasang elektrod dan larutan elektroid cecair yang terdiri daripada plat plumbum dalam larutan asid sulfurik atau nama lainnya ialah bateri asid plumbum. Jadi, bateri basah ini akan berfungsi dengan bantuan air bateri atau pun air suling.

 

Sepertinya yang dinyatakan di atas bateri kering tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan kerana ia tidak memerlukan air bateri untuk berfungsi, tetapi tidak pula untuk bateri basah dan untuk memastikan bateri kereta anda sentiasa dalam keadaan baik untuk mengelakkan sebarang kecelakaan yang berlaku, anda perlu menyelenggaranya sebaik-baiknya setiap 2 atau 3 kali seminggu sekiranya anda jarang menggunakan kereta anda manakala boleh periksa kondisi bateri anda seminggu sekali sekiranya anda kerap menggunakan kereta.

 

“Macam mana saya nak check bateri kereta saya dalam keadaan yang baik atau tidak?” Memandangkan bateri basah memerlukan penjagaan yang baik, anda perlu pastikan paras air bateri tersebut berada pada paras yang telah dicatatkan pada beteri kereta itu. Pastikan air bateri tersebut tidak kering dan tidak terlebih daripada paras air yang diperlukan untuk memastikan ia sentiasa berada pada tahap yang mencukupi untuk mengelakkanya daripada mudah rosak dan tidak tahan lama.

 

Langkah yang seterusnya pula adalah anda perlu memastikan penutup bateri basah itu sudah ditutup betul-betul supaya tidak akan berlaku proses penyejatan asid. Jangka hayat untuk bateri basah juga lebih kurang sama dengan bateri kering iaitu minima 1 tahun dan paling lama 2 tahun, kebiasaannya bateri kereta tahan sehingga 2 tahun.

 

Tetapi ianya juga bergantung pada tahap kekerapan anda menggunakan kereta tersebut, sekiranya anda kerap menggunakan kereta jadi, bateri menggunakan banyak tenaga lalu ia akan menyebabkan ia tidak tahan lama.

BATERI KERING VS BATERI BASAH, YANG MANA LEBIH BAIK?

Mesti korang tengah berfikir kan, jadi bateri kereta jenis yang mana satu lebih baik. Kalau guna bateri kereta kering tidak perlu penyelenggaraan, bateri basah pula kena selalu check dan isi air tetapi harganya lebih murah berbanding bateri kereta kering. Ha yang mana satu ye?

 

Berdasarkan pengalaman orang ramai yang sudah menggunakan kedua-dua jenis bateri kereta ini mereka berpendapat bahawa bater kereta sel basah tahan lebih lama walaupun ia memerlukan penjagaan yang rapi dan harganya juga lebih murah. Tetapi ada juga mengatakan bateri kering juga memudahkan kerja mereka kerana bateri kering jarang membuatkan kereta pengguna menjadi ‘kong’ berbanding bateri basah atas factor kehabisan air bateri.

 

Jadi, jenis bateri kereta ini masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan namun ia sebenarnya bergantung pada jenis kereta yang anda gunakan serta penjagaan dan tahap penyelenggaraan yang anda lakukan. Kalau anda nak tahu, salah satu factor yang menyumbang kepada jangka hayat bateri boleh berkurang adalah dengan kecuaian anda tidak menutup lampu kenderaan.

 

Di bawah adalah perbandingan di antara bateri sel basah dan juga bateri sel kering bagi mudah untuk difahami :

 

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.